Wednesday, January 26, 2011

Apa? Firefox 4?


Semalam Mozilla mengeluarkan Mozilla Firefox 4 beta 10. Kepada sesiapa yang nak download klik sini. Selama ni pun aku tertunggu-tunggu bila la Mozilla nak release full version Firefox ni. Dari blog Mozilla, diorang bagitau yang software Flash lebih baik digunakan dalam Mac OS X. Paling aku terkejut apabila diorang bagitau ada lebih 400 milion orang di seluruh dunia menggunakan Firefox. Tapi aku takda la terkejut sangat sebab dulu Firefox telah menyediakan alternatif kepada pengguna-pengguna IE yang mana dahulunya pengguna IE asyik complain yang IE nih slow, and Firefox menjadi penyelesaian bagi pengguna IE nih.
Itu dahulu,tapi sekarang Firefox mempunyai ramai pesaing. Apple juga menyediakan alternatif untuk pengguna IE juga Firefox, iaitu browser dari Apple, Safari. Sapa-sapa yang nak download Safari klik sini. Aku dulu ada gak pakai Safari dalam laptop Apple, tapi kerajaan punya bukan aku. Lepas tu aku compare speed Safari kat Apple dengan Safari dalam Windows, dan kesimpulannnya aku rasa Safari lebih laju jika digunakan dengan Apple. So, bye-bye Safari.


Lepas tu datang Google Chrome dengan open sourcenya. Sapa-sapa yang nak download Chrome klik sini. Sekarang ni pun aku pakai Chrome sebab bagi aku lebih mudah dari Firefox. Taip kat address link, terus masuk ke Google search engine. Senang kan? Tapi Chrome banyak meggunakan RAM. Aku tak tau kenapa sebab aku tak tau sangat pun bab-bab komputer ni. Mungkin ada caranya, cuma aku je yang tak tau.

Banyak features baru yang ditawarkan oleh Mozilla dalam Firefox 4, interface macam Chrome yang bagi aku tak menyemak mata, ada group tabs yang korang boleh organize tabs korang (tengok gambar kat bawah ni),ada Addons Manager, crash protection, kalau korang ni Web Developers, korang boleh animate content & banyak lagi. Korang boleh baca kat sini, aku baca pun aku tak faham. Hahaha


Tapi apa pun, kepada peminat or user Firefox tak perlu menunggu lama sebab sumber dari CNET menyatakan bahawa kalo tak ada masalah  dalam bulan 2 tahun ni Firefox 4 release. Anyway guys, apa pun browser yang korang pakai, Safari ka, Chrome ka, Opera ka, yang penting korang puas hati dengan browser tu and senang digunakan a.k.a user friendly.

Peace!

2 comments:

  1. sigek gik yang kira the latest juak la..
    Rockmelt..ala2 macam mozilla..tapi fokus untuk FB and twitter..sapa nok addict ngn FB n twitter ya nang seswai la makey rockmelt..boleyh tahan juak la..tapi jenis aku, bukan suka gilak main FB..bukak jak, tapi bukan tangga gilak pun..hahahha..papun nice post..

    ReplyDelete
  2. ooo..ok2..bok tauk juak hal rockmelt tok..nway makseh =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...