Tuesday, May 31, 2011

Video Apa? Erik Lambert

Video ni tengah trending di Europe. Erik Lambert berusia 75 tahun berupaya untuk menyepak lima bola ke palang gol dalam masa 18 saat. Power siot atuk ni! Hihihihi

Info Apa: Boulevard of Billionaires

Rumah yang berada berdekatan dengan Istana Kensington sangat mahal, sehingga dikatakan terlalu mahal untuk selebriti, bankers juga pemenang loteri. Purata harga rumah di Kensington, London adalah £19.2  juta. 1 kaki persegi pula berharga kira-kira £1193. Hohoho. 

Lelaki terkaya di Britain, Lakshmi Mittal yang mempunyai kekayaan sebanyak £23.8 bilion membeli salah sebuah rumah di kawasan ini dengan harga £57 juta. Kaya teruk mamat ni.  


Kalau korang nak teruskan bacaan antara jalan yang termahal di Britain, korang boleh klik link kat bawah ni. Ada tak orang buat research macam ni kat Malaysia? Hihihi

Dari: DailyMail

Komik Apa: Things You Can Only Do With Boys

Ehehehehe. Betul gak ek.


Dari: Reddit

Video Apa? The Football Feeling

Dalam langkah untuk mempromosikan European Football Championship Under 21 di Denmark, kumpulan bernama The Football Feeling ini telah membuat kejutan terhadap sebuah perlawanan bola sepak biasa dengan membawa masuk penyokong, pengulas perlawanan, jersi dan juga pancaragam ke dalam perlawanan tersebut. Dari muka budak-budak ni pun kita dah tahu dah diorang terkejut + excited sangat. Hihihi. Enjoy!

Selamat Hari Gawai

Kepada rakan-rakan dari Sabah & Sarawak, aku ingin mengucapkan Kotabian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai. Selamat menyambut Hari Gawai & Kaamatan.

Video Apa? Record Setting Jumps

Hujung minggu lepas adalah antara hujung minggu yang besar untuk peminat sukan extreme. Video pertama adalah daripada Jed Mildon,24 dari New Zealand dalam percubaan beliau untuk membuat triple backflip pertama di dunia dan wakil dari Guiness World Records hadir untuk menyaksikan dan mengesahkan keputusan tersebut. Lemah lutut aku tengok video ni. Brrrrr.



Video seterusnya, Yellow Driver dari Team Hot Wheels memecahkan rekod dunia dalam jarak lompatan paling jauh di dalam kenderaan pacuan empat roda. Betul ke ni? Ahahaha. Acara ini telah diadakan di Indianapolis. Yellow Driver atau nama sebenar beliau, Tanner Foust telah membuat lompatan sejauh 332 meter. Jauh siot.

Monday, May 30, 2011

Info Apa: TNB Buzz

TNB pun dah mula menggunakan infografik bagi menjelaskan isu tarif eletrik baru ni. Aku rasa syarikat ataupun NGO kat Malaysia patut guna infografik. Senang baca, mudah faham. Hihihi 


Kalau tak nampak sangat,korang klik gambar ni untuk paparan yang lebih jelas.

Dari: TNB Buzz

p/s: Kalau minyak naik lepas ni, mintak tolong sapa-sapa buatkan infografik pasal harga minyak naik. TQ. Hihihi

Gadget Apa? ASUS Padfone

Persaingan untuk mencipta smartphone semakin tinggi. Semakin ramai pengeluar mencuba nasib dalam pasaran smartphone ini. Semalam, bertempat di Computex trade show di Taipei, ASUS salah satu pengeluar barangan untuk komputer telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Padfone. 


Padfone Tablet Dock

Senang cerita Padfone ni adalah gabungan antara tablet dan smartphone. Sebuah tablet yang mana korang boleh letak smartphone korang di belakang tablet tersebut. Konsepnya seperti Motorola Atrix, cuma bezanya adalah Motorola Atrix mempunyai "dock" seperti laptop.


Tablet Dock dari belakang

Telefon Padfone ini berukuran 4.3 inci dan tablet berukuran 10.1 inci. Spesifikasi Padfone ini masih belum lagi diperincikan oleh pihak ASUS, begitu juga tarikh penjualan dan harga. Bateri yang ada pada tablet ini boleh digunakan untuk mengecas bateri smartphone & 3G yang ada pada smartphone boleh digunakan pada tablet ini.

Compartment di bahagian belakang tablet untuk smartphone


Padfone ini akan menggunakan operating system (OS) dari Android. Namun begitu, masih tidak dapat lagi dipastikan sama ada Padfone ini akan menggunakan Android 3.0 Honeycomb khas untuk tablet ataupun OS yang masih lagi diperingkat pembangunan dengan codename Ice Cream Sandwich. Lapar pulak perut aku baca codename ni. Hihihi. Kalau korang nak bacaan lanjut tentang Ice Cream Sandwich, korang boleh klik sini.





Nampaknya ASUS pun ingin mencuba dalam pasaran tablet dan smartphone yang semakin meningkat. Konsep hibrid yang diperkenalkan oleh ASUS ini juga menarik. Bagi aku, setiap gadget ada pro & kontra. Terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk memilih gadget mana yang sesuai untuk kita. Jadi pencinta gadget sekalian, tunggu je la Padfone ni sampai Malaysia. Lagi banyak korang boleh komen. Hihihi. Peace!







Dari: PCWorld, Engadget

Sunday, May 29, 2011

Video Apa? Iklan Sushi

Iklan sushi yang sangat WTF. Hahaha

Info Apa: Bodybuilder Berumur 74 Tahun

Ini nenek bukan sebarang nenek. Nenek yang berusia 74 tahun dari Baltimore ini dinobatkan oleh Guinness Book World  of Records sebagai bodybuilder wanita tertua yang kompetitif di dunia. Ohohoho. Saya terkesima. Hihihi


Ernestine Shepherd, mempunyai suami yang berumur 54 tahun tinggal bersama anaknya yang berusia 53 tahun juga cucunya 14 tahun. Banyak gila 4, boleh mati ini macam wo. Hahaha. Ernestine juga mengajar di fitness center juga melakukan sedikit modelling. 


Jom kita tengok pulak rutin Ernestine ni. Setiap pagi, Ernestine akan bangun pada pukul 3 pagi untuk bertafakur dan kemudian jogging sejauh 10 batu sebelum makan tengah hari. Pemakanan pulak, makan nasi perang, dada ayam & sayur-sayuran, dan lepas tu minum putih telur 3 kali sehari. Erkk, putih telur. Nenek ni juga mengelakkan dari makan makanan yang manis. 

Ernestine juga pernah menyertai 9 marathon dan memenangi 2 pertandingan bina badan. Hohoho. Perform teruk nenek ni. Dan yang paling best, idola nenek ni adalah Sylvester Stallone. Ekekekeke. Jadi aku tak hairan lah bersemangat sangat nenek kita ni bina badan. Hihihi


Dari: DailyMail

Gambar Apa? 20th Century USA

Aku tak pasti bahagian USA mana diorang cakap ni, maybe New York. Ni adalah beberapa gambar yang aku kutip dari sebuah website. Korang nak tengok lagi boleh klik link kat bawah. Enjoy









Dari: FoolishMind

Video Apa? El Internet

Ok, aku tak tau nak cakap apa pasal lagu ni. Tak tau nak komen apa, tapi memang...memang...tengok sendiri lah senang. Hahahaha

Video Apa? Parody Epic Meal Time

Ingat lagi entry Epic Meal Time? Ada jugak yang buat parody sebagai respon kepada diorang. Tapi tak se"awesome" Epic Meal Time. Check this out.

P/s: Video ni tak ada langsung pasal daging, semua sayur-sayuran.

Saturday, May 28, 2011

Video Apa? Loom

Loom, video mengenai sesawang labah-labah ini dihasilkan oleh Polynoid, dari Jerman. Seriously awesome. jom tengok

Video Apa? The Greeks

Video dari Tropical Is. Seriously awesome. Ahahaha. Sembang banyak pun tak guna, korang tengok je lah.

Friday, May 27, 2011

Video Apa? Dubstep

Video cool dari performer yang sangat-sangat berbakat. Hihihi

Info Apa: Facebook Profile Picture

Statistik yang dikeluarkan oleh Pixable, pembangun a.k.a developer untuk app Photofeed untuk iPhone & iPad mengenai Facebook Profile Photo. Statistik ini menunjukkan yang kita upload profile picture berkadar terus setiap tahun. Jom baca sekejap info mengenai Facebook Profile Photo ni. Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. 


Dari: Pixable

Video Apa? Mother Cat

Serius, comel gila. Hihihihi.

Berita Apa? Kekejaman Terhadap Binatang

Korang ingat tak video tomboy yang sepak-sepak kucing hari tu? Ini lagi kejam. Seekor anjing telah ditembak menggunakan pellet gun,diikat,dan ditanam hidup-hidup di Malta. Selepas dikeluarkan dari tanah, veterinar melakukan pembedahan dan menjumpai 40 pellets tertanam didalam kepala anjing ini.

Star,ditanam hidup-hidup
Anjing yang dinamakan Star ini telah menarik perhatian lebih 1000 orang untuk menandatangani petition juga penjual berlian, yang mana mereka menawarkan voucher sebanyak 250 euro kepada sesiapa yang berjaya menangkap dalang di sebalik kekejaman ini. Walaupun kita sebagai orang Islam tak boleh pegang anjing, tak bermakna kita boleh menzalimi anjing. Hatta babi sekalipun kita tak boleh zalimi.



Dari: DailyMail

Gambar Apa? Justin Bieber

Aku sedih. Tatkala aku melihat gambar ini. Kenapa Bieber? Kenapa kau pakai rantai watak kegemaran aku dalam Family Guy??????Arghhhhhh!


Oh, by the way. Harga rantai berbentuk Stewie Griffin, watak dalam Family Guy ni bernilai $25000. Bling bling! Nak kenal siapa sebenarnya Stewie? Korang download la Family Guy. Muhahahaha!

Dari: WorldofWonder

p/s: Diingatkan bahawa aku tak minat si JB ni, TQ.

Info Apa: Miniature Cities

Kreativiti manusia tidak terbatas. Walaupun ada sesetengahnya boleh kita katakan gila,membazir dan sebagainya. Tapi kreativiti manusia tetap awesome. Jom tengok karya-karya bertemakan bandar kecil dari seluruh dunia.

Bandar Biskut

Bandar kecil yang diperbuat daripada biskut dan manisan ini hasil kerja keras artis dari Cina, Song Dong. Ribuan biskut telah digunakan untuk membuat replika bandar termasuklah stadium dan gereja. Replika bandar ini telah dibina di sebuah pasaraya berhampiran London.Setelah replika ini siap, para pengunjung pasaraya tersebut dijemput untuk menjamahnya. Nomnomnom. Hihihi

Bandar Origami

Bandar origami ini mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan. Wataru Ito, menggunakan kertas, gam kertas,pisau juga penebuk lubang untuk menghasilkan bandar origami ini. Gilo, mau tak pening kepala dia buat benda ni. Phewwww.

Bandar Staples

Lagi kerja gila,pening kepala,leceh yang dihasilkan oleh Peter Root. Beliau mendirikan bandaraya New York menggunakan staples. Tahu tak apa staples? Alah, ubat stapler tu la. Peter mengambil masa selama 40 jam untuk mendirikan bandar staples ni. Namun, mengambil beberapa saat sahaja untuk musnah,dimusnahkan sendiri oleh Peter menggunakan guli. Guli ke marmar, aku tak pasti. Hahaha


Bandar Pecungkil Gigi

Ni lagi la gila. 6 juta pencungkil gigi, 170 liter gam, 6 tahun. Ini adalah hasil dari Stan Muro, yang bekerja di Muzium Sains & Teknologi, New York, USA. Aku punya projek buat jambatan dari batang aiskrim pun dah pening dah. Ni nak buat dari pencungkil gigi. Lagi la pening. Hahahaha

Dari: Oddee

Info Apa: Twitter Timeline

Korang pengguna Twitter. Pasti korang tahu pasal timeline kan? Baru-baru ini, Twitter telah memperkenalkan fungsi terbaru mereka iaitu anda boleh melihat timeline rakan-rakan Twitter anda.

View as timeline

Korang nak tengok timeline kawan korang? Senang sahaja. Pergi ke profile rakan korang tu, lepas tu pilih following. Then akan keluar seperti gambar di atas. Jadi korang hanya perlu pilih "View as timeline"

Timeline rakan anda

Dah pilih? Jadi akan keluar seperti paparan di atas. Korang boleh cuba sekarang! Hihihi

Dari: Amanz.my

Thursday, May 26, 2011

Gambar Apa? Milky Way

Seperti tagline yang Discovery Channel selalu pakai, the world is just awesome. Ni adalah gambar yang telah diambil oleh photographer Brett Websterr di Taman Negara Arches Utah, USA. Serius lawa. Kalau korang nak tengok langit banyak bintang malam-malam, pastikan keadaan sekeliling korang tak ada lampu. Tepi pantai ke, atas bukit ke. Tapi mungkin tak nampak la macam dalam gambar ni. Hihihi. Enjoy.








Dari: Funzu

Gambar Apa? Superhero Di Rumah

Korang ingat korang tahu apa yang superhero kegemaran korang buat kat rumah? Ni lah kerja diorang yang dalam komik,movie tak tunjuk. Ekekekeke







Dari: Ufunk

Think you got what it takes to be Perodua's BIGGEST fan?? Sing, dance and act all you can to win their grand prize!

Wednesday, May 25, 2011

Gadget Apa? Ultimate Alarm Clock

Bukan senang nak cari duit,tapi lagi susah nak bangun dari tidur. Mana korang pilih? Duit ke tidur? Ehehehe. 




Dari: Ufunk

Tuesday, May 24, 2011

Video Apa? Homeless Guy

Hihihi. Epic! Awesome! Kreatif! Senyum sorang-sorang aku tengok sign ni.

VIdeo Apa? Frozen Coke

Hanya di Hong Kong. Frozen Coca-Cola.

Video Apa? Epic Meal Time

Jom tengok video makanan kencing manis lagi diabetes dari Epic Meal Time. Cara diorang buat makanan memang super awesome, walaupun benda yang diorang buat tu aku tak boleh makan. Hahaha. Ada banyak lagi video yang diorang buat & serius, makanan diorang buat ni memang epic! Hahahaha

Video Apa? Kyle Gets Buckets

Trick shot dari Kyle Singler,graduan University of Duke. Yang dari menara tu tak leh blah. Hihihi

Monday, May 23, 2011

Gadget Apa? AnatOnMe

Lepas ni doktor ada gadget yang cool untuk check pesakit mereka. Gadget terbaru dari Microsoft Research ini memancarkan gambarajah ke arah kulit pesakit untuk memudahkan pesakit memahami keadaan mereka. Gambarajah tersebut termasuklah tulang, tisu, tendon juga urat saraf. Best la jadi doktor lepas ni, hihihi.






Dari: DailyMail

Video Apa? Kuda Bisul

Sila jangan muntah jika anda lihat video ini. Mungkin akan menghilangkan selera makan tengah hari anda . Anda telah diberi amaran. Hihihi



Dari: BlogSerius

Gambar Apa? Little Star Wars

Star Wars versi comel. Hihihi


Dari: UfunkPhotoblog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...