Sunday, May 15, 2011

Gadget Apa? Google Chromebook

Chromebook telah diperkatakan sekian lama oleh peminat Google juga pengguna Chrome. Sejak Google mula menggerakkan project Chromium iaitu project dari Google untuk memperkenalkan sebuah Operating System (OS) khas untuk pengguna internet, dan hasilnya adalah sebuah browser yang bernama Chrome. Pada hari rabu yang lepas, Google telah mengumumkan Chromebook yang akan dihasilkan oleh dua gergasi pembuatan komputer yang tidak asing lagi, Samsung & Acer.

Chrome adalah sebuah open source OS untuk mereka yang meluangkan kebanyakan masa mereka khusus di internet. Jadi, Chromebook adalah sebuah alat yang mudah dibawa untuk mereka yang meluangkan kebanyakan masa mereka di internet.



Dengan berpaksikan Chrome sebagai OS untuk komputer riba ini, anda boleh melayari internet dengan hanya 8 saat selepas anda membuka komputer anda. Apps, gambar, dokumen, lagu telah diintergrasikan didalam Chrome. Chromebook akan mula dijual di US, UK, France, Germany, Spain, Holland, Italy, pada 15 Jun akan datang. Berkemungkinan besar, Chromebook akan mula dijual dengan harga $499 bersamaan dengan RM 1500.

Chromebook dari Acer

Spesifikasi:
11.6" HD Widescreen
1.45 kg
6 jam penggunaan secara berterusan
Intel Atom Dual-core processor
Wi-Fi & World-mode 3G
HD webcam
High-Def audio support
2 USB 2.0 ports
4 in 1 card slot
HDMI port
Fullsize Chrome Keyboard



Chromebook dari Samsung

Spesifikasi:
12.1" display
1.48kg
8.5 jam penggunaan secara berterusan
Intel Atom dual-core processor
Wi-Fi & 3G
HD webcam
2 USB 2.0 ports
4 in 1 card slot
Mini VGA port
Fullsize Chrome Keyboard








Chromebook mungkin memberi saingan kepada OS daripada Windows iaitu Windows 8 yang dijangka keluar pada tahun ini. Mungkinkah Chrome menembusi pasaran OS sedunia yang kini masih lagi dikuasai oleh Windows? Pada pendapat aku mungkin sukar tetapi tidak mustahil. Sebab apa sukar? Kerana akses kepada internet secara meluas dan laju hanya boleh didapati di negara maju. Pengguna di negara dunia ketiga mungkin mengalami kesukaran untuk mengakses internet.

Yang eloknya, Chromebook memberi kita pilihan OS apakah yang sesuai untuk kita. Ubuntu, Macintosh, Windows adalah pemain utama dalam dunia OS. So, kita tunggu dan lihat setakat mana performance Chromebook dari Google ni. Untuk maklumat lanjut tentang Chromebook, korang boleh layari sendiri website Chromebook yang mana linknya ada di bawah.

Dari: GoogleBlog, Chromebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...