Monday, May 30, 2011

Gadget Apa? ASUS Padfone

Persaingan untuk mencipta smartphone semakin tinggi. Semakin ramai pengeluar mencuba nasib dalam pasaran smartphone ini. Semalam, bertempat di Computex trade show di Taipei, ASUS salah satu pengeluar barangan untuk komputer telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Padfone. 


Padfone Tablet Dock

Senang cerita Padfone ni adalah gabungan antara tablet dan smartphone. Sebuah tablet yang mana korang boleh letak smartphone korang di belakang tablet tersebut. Konsepnya seperti Motorola Atrix, cuma bezanya adalah Motorola Atrix mempunyai "dock" seperti laptop.


Tablet Dock dari belakang

Telefon Padfone ini berukuran 4.3 inci dan tablet berukuran 10.1 inci. Spesifikasi Padfone ini masih belum lagi diperincikan oleh pihak ASUS, begitu juga tarikh penjualan dan harga. Bateri yang ada pada tablet ini boleh digunakan untuk mengecas bateri smartphone & 3G yang ada pada smartphone boleh digunakan pada tablet ini.

Compartment di bahagian belakang tablet untuk smartphone


Padfone ini akan menggunakan operating system (OS) dari Android. Namun begitu, masih tidak dapat lagi dipastikan sama ada Padfone ini akan menggunakan Android 3.0 Honeycomb khas untuk tablet ataupun OS yang masih lagi diperingkat pembangunan dengan codename Ice Cream Sandwich. Lapar pulak perut aku baca codename ni. Hihihi. Kalau korang nak bacaan lanjut tentang Ice Cream Sandwich, korang boleh klik sini.





Nampaknya ASUS pun ingin mencuba dalam pasaran tablet dan smartphone yang semakin meningkat. Konsep hibrid yang diperkenalkan oleh ASUS ini juga menarik. Bagi aku, setiap gadget ada pro & kontra. Terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk memilih gadget mana yang sesuai untuk kita. Jadi pencinta gadget sekalian, tunggu je la Padfone ni sampai Malaysia. Lagi banyak korang boleh komen. Hihihi. Peace!







Dari: PCWorld, Engadget

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...