Friday, May 27, 2011

Berita Apa? Kekejaman Terhadap Binatang

Korang ingat tak video tomboy yang sepak-sepak kucing hari tu? Ini lagi kejam. Seekor anjing telah ditembak menggunakan pellet gun,diikat,dan ditanam hidup-hidup di Malta. Selepas dikeluarkan dari tanah, veterinar melakukan pembedahan dan menjumpai 40 pellets tertanam didalam kepala anjing ini.

Star,ditanam hidup-hidup
Anjing yang dinamakan Star ini telah menarik perhatian lebih 1000 orang untuk menandatangani petition juga penjual berlian, yang mana mereka menawarkan voucher sebanyak 250 euro kepada sesiapa yang berjaya menangkap dalang di sebalik kekejaman ini. Walaupun kita sebagai orang Islam tak boleh pegang anjing, tak bermakna kita boleh menzalimi anjing. Hatta babi sekalipun kita tak boleh zalimi.



Dari: DailyMail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...