Friday, May 20, 2011

Info Apa: Shell FLNG

Shell, antara syarikat minyak terbesar didunia akan membina sebuah pusat pemprosesan gas asli terapung (floating liquid natural gas) ataupun FLNG terbesar di dunia. Semalam, 20 Mei 2011, Shell telah mengumumkan pelan pembinaan kapal terbabit yang dinamakan Perlude, menelan belanja sebanyak $10 bilion.



Kapal pemprosesan ini membolehkan gas asli diekstrak dari mesin galian yang berada jauh di lautan dan dipindahkan terus ke kapal berkenaan untuk pemprosesan . FLNG ini adalah satu inovasi yang mana memudahkan pencarigali minyak serta gas tidak perlu untuk membina pelantar,dapat menggali gas asli di tempat yang sensitif  juga menjimatkan kos pemasangan paip ke daratan. FLNG Prelude akan dihasilkan di Korea Selatan.


FLNG Prelude ini akan mempunyai ukuran sepanjang 488 meter dan berat 260000 tan. Apabila Prelude dipenuhi dengan gas, ia akan mempunyai berat maksimum 600000 tan. Gas yang telah ditukar bentuk ke cecair boleh dipindahkan dengan mudah ke kapal tanker dimana sahaja tempat di seluruh dunia.

Seramai 600 jurutera telah dipanggil untuk membangunkan projek ini, termasuklah merekabentuk, juga menilai setiap pelan untuk membina FLNG ini. Para jurutera telah membina model kapal terbabit untuk memastikan kapal Prelude milik Shell ini mempunyai ketahanan terhadap angin dan juga ombak tinggi. Difahamkan kapal Prelude ini mampu untuk bertahan di dalam ribut taufan sehingga tahap 5. Menurut Centre of Educational Technologies, Wheeling Jesuit University ribut taufan tahap 5 mempunyai kelajuan angin melebihi 155 batu sejam iaitu 250 km sejam dan ombak setinggi 5 meter.

Shell nampaknya makin serius untuk menggali setiap titik gas asli di seluruh dunia. Sebab diorang tahu, pelaburan sebanyak $10 bilion ni dapat memberi pulangan yang lebih besar kepada diorang. Pehhh, memang gila. Jom tengok video kat bawah ni kalau nak dapat clearer view tentang FLNG.



Dari: DailyMail, PetroleumEconomist,COTF

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...