Sunday, May 15, 2011

Apa? Angry Birds Boleh Dimain Pada Google Chrome ?

Pada rabu lepas, 11 Mei 2011 pihak Rovio telah mengumumkan bahawa permainan yang telah menjadi fenomena di seluruh dunia, Angry Birds boleh dimain pada Google Chrome. Permainan ini masih lagi dalam mode Beta. Seperti Angry Birds biasa, korang kena selesaikan 63 level dan 7 level khas untuk Chrome. 
Yang lebih menarik adalah, korang boleh dapatkan game Angry Birds ni secara percuma. Takda internet pun korang boleh main game ni. Tapi korang kena install dulu pada browser Chrome korang. Hihihi.

Bagi memudahkan pembaca Blog Apa Tok memuat turun permainan Angry Birds ni yang tak pernah memuat turun Apps dari Chrome Web Store, aku tunjukkan dengan 3 langkah mudah;

1. Untuk mendapatkan game Angry Birds ni, korang boleh download di Chrome Web Store (klik link ni). Lepas tu korang tekan butang install.

Anda boleh mendapati apps Angry Birds di Chrome Web Store

2. Setelah selesai proses installation, korang boleh check pada paparan Apps pada Google Chrome untuk bermain permainan ini.

Butang Angry Birds pada paparan Apps Google Chrome

3Fuhhhh! Sekarang korang boleh main game Angry Birds! Now everybody can play. Cehhh, macam slogan Air Asia la pulak. Ahahaha.

Angry Birds Beta untuk Google Chrome!

Dari: RovioBlog, Amanz.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...