Friday, February 4, 2011

Apa Tok? Honeycomb?


Bukan madu,bukan sarang lebah. Tapi Honeycomb adalah OS khas untuk tablet dan seperti previous report aku, Motorola Xoom akan menggunakan Honeycomb buat pertama kalinya. Honeycomb a.k.a Android 3.0 adalah OS yang dibina & direka khas oleh Google untuk tablet. Sapa-sapa tak tahu apa itu tablet,korang tengok iPad,Samsung Galaxy Tab.Itu la tablet.


Ok, jadi Google secara rasminya mengumumkan Honeycomb ni beberapa hari lepas. 


Jadi Honeycomb web-browsing lebih kurang dan hampir menyerupai Chrome.So?Hurray!Sebab kita dapat pakai tab banyak-banyak.Hihihi. Satu lagi, brand yang berada dibawah Google seperti Gmail,Youtube digunakan dan dioptimumkan penggunanaannya oleh Google dalam Honeycomb. Youtube interface baru,Gmail pun interface pun baru,juga terdapat eBooks Google. Korang boleh pakai eBooks ni macam korang baca buku. Hahaha. Penggunaan Google Maps pula boleh digunakan dalam 3D. Tapi aku rasa penggunaan Google Maps ni kalau kat Malaysia,KL je yang dapat kot.

Ok, apa yang ada pada Honeycomb Motorola Xoom,tapi tak ada pada iPad?Multitasking. Kamera. Laju. Korang boleh baca review kat sini.Pada pendapat aku, melalui Honeycomb ni menunjukkan yang Google sangat-sangat bersedia untuk melancarkan OS mereka sendiri. Sebab apa? Sekali imbas, Honeycomb lebih menyerupai OS untuk PC berbanding dengan tablet. Setuju tak? Hihihi


Persoalannya dan banyak lagi persoalan yang ditimbulkan di dalam blog & news techies, adakah Android 3.0 ni dapat digunakan di dalam smartphone? Seperti yang kita sedia maklum, features yang ditawarkan oleh Motorola Xoom sememangnya gempak. Ada dual-core processor, screen HD dan sebagainya. Jadi, pada pandangan aku yang sangat-sangat cetek dalam hal ni, nak tak nak manufacturer lain terpaksa menghasilkan tablet ataupun smartphone sepadan ataupun lebih power dari Motorola Xoom ni.

Macammana pun, aku tak pernah pakai mahupun memiliki iPad mahupun Motorola Xoom,jadi aku pun tak tahu setakat mana performance tablet ni.Tunngu aku kaya dulu la baru aku dapat compare tablet-tablet yang ada kat pasaran sekarang. Hahaha. Kita yang berada di Malaysia ni lama sikit la tunggu Xoom ni masuk ke pasaran Malaysia. Jadi, Android lover yang ada kat Malaysia bersabarlah k? Hihihi. Peace!

P/S: Sapa-sapa yang nak download theme Honeycomb untuk Chrome korang,klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...