Thursday, April 7, 2011

Apa Tok? Enewetak Atoll?

Apa Enewetak? Apa Atoll? Haaaa.Kalau nak tahu, Enewetak Atoll ni adalah gugusan pulau pulau di Kepulaun Marshall. Apa istimewanya kepulauan ni? Istimewanya, di kepulauan nilah askar USA menjalankan nuclear test. Ingat post aku sebelum ni? Lebih 1000 nuclear test dilaksanakan oleh USA dari tahun 1945-1998 & sebahagiannya dibuat di kepulauan Enewetak.



Kepulauan Marshall berada di bawah naungan USA sehingga diorang merdeka pada tahun 1986. Tahun 2000, Tribunal Tuntutan Nuklear membayar kepada rakyat kepulauan Marshall sebanyak $340 juta atas kehilangan,kerugian, perubatan & pembersihan nuklear. Gambar kat bawah ni adalah lubang yang digunakan untuk mengumpul sisa-sisa ujian nuklear yang telah dilakukan oleh USA. Sehingga ke hari ini, kawasan yang dikenali sebagai Cactus Dome ni masih lagi memancarkan sinar radioaktif & orang awam tidak dibenarkan melawat area ni.



Lubang Cactus Dome ni dianggarkan seluas 111,000 meter padu. Cukup besar bukan? Hohoho. Kerajaan USA membelanjakan hampir suku billion,bukan juta tapi billion untuk membina lubang ini sahaja & mengambil masa lebih kurang 3 tahun menyiapkan Cactus Dome ni. 



Ada banyak lagi video yang menunjukkan nuclear test di kawasan kepulauan Marshall & test tersebut bukan sahaja dilaksanakan di Enewetak Atoll, tapi juga di kawasan kepulauan yang lain. Tengok Spongebob? Korang ingat Bikini Bottom dalam cerita Spongebob tipu & rekaan semata-mata? Di kepulauan Marshall ni ada Atoll yang bernama Bikini Atoll. Ahahaha


Tapi kan, aku tak dapat bayang macam mana la kehidupan orang-orang kat area nih. Ishhh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...