Monday, April 18, 2011

Apa Tok? Masjid Kufic?

Kufic adalah kaligrafi tertua di dalam tulisan Arab. Diambil dari nama tempat Kufa, Iraq. Kaligrafi ini digunakan dibanyak tempat terutamanya Semenanjung Arab sejajar dengan perkembangan ajaran Islam .Kaligrafi Kufic terdiri daripada garisan lurus yang selalunya dalam bentuk menegak dan melintang. Dibawah adalah contoh kufic didalam bentuk geometri.


Arkitek dari Indonesia membawa tema kufic didalam rekabentuk sebuah masjid iaitu masjid Al-Irsyad, yang terletak di Kota Baru, Jawa Barat. Kebiasaan masjid mempunyai kubah tetapi kumpulan arkitek PT Urbane ini mengubah suai konsep tersebut dan menukarnya & memberi nafas baru dalam rekabentuk masjid.


Susunan batu digunakan sebagai facade utama dan mencipta kesan tectonic seperti kaligrafi Kufic. Uniknya masjid ini mengambil bentuk segi empat tepat yang juga menyerupai Ka'abah, juga rekaan kaligrafinya. Masjid ini dikelilingi oleh air, untuk memastikan suhu masjid dalam keadaan sejuk ketika musim panas, juga susunan batu tersebut dibiarkan mempunyai rongga untuk memudahkan peredaran udara, tanpa perlu menggunakan penyaman udara di dalam masjid. Masjid ini mampu juga menampung seramai 1000 orang jemaah untuk satu-satu masa. 








Dari: ArchDaily

5 comments:

  1. stail juak masjid tok...xda kubah mesti org x tauk ya masjid

    ReplyDelete
  2. yalah,nasib jak ada kalimah sia..mun x,ng xtauk lah urg..hahaha

    ReplyDelete
  3. beautiful and fantastic in design and interior.

    ReplyDelete
  4. tapi unik....boleh polah sigek kat msia hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...