Saturday, April 23, 2011

Apa? Kelawar Macam Yoda?

Yes, gambar yang korang tengok ni adalah seekor kelawar. Ada la sikit iras macam Yoda dalam cerita Star Wars. Kelawar yang mempunyai hidung berbentuk tiub ini dijumpai semasa ekspedisi ke Papua New Guinea pada tahun 2009. Semasa ekspedisi ini, para pengembara menjumpai sebanyak 200 binatang dan serangga spesis baru. 

Kelawar pemakan buah ini mungkin memainkan peranan penting di dalam ekosistem kerana menyebarkan biji benih buah-buahan yang mereka makan. Ekspedisi ke pergunungan Nakanai & Muller di Papua New Guinea ini menemukan 24 spesis baru katak, 2 mamalia, dan beratus-ratus jenis serangga. Kawasan pergunungan ini dihubungkan dengan kapal terbang, bot, helikopter ataupun nak lagi thrill, jalan kaki.



p/s: Ada la sikit rupa macam Yoda. Hohoho

Dari: NatGeo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...