Tuesday, April 26, 2011

Apa? Sony Tablet ?

Tablet semakin popular apabila Apple mula mengeluarkan iPad. Persaingan semakin meningkat apabila Google juga ingin menyertai perang tablet ini dengan mengeluarkan operating system (OS) khas untuk tablet,iaitu Android 3.0, Honeycomb. Blackberry juga tidak mahu ketinggalan dengan Playbook mereka.

Hari ini Sony telah memperkenalkan tablet terbaru dari dengan codename S1 & S2. Sumber dari CNET.com, tablet S1 & S2 ini masih lagi dibangunkan dan mungkin akan dipasarkan pada musim luruh nanti. Kedua-dua tablet ini dilengkapi dengan OS dari Google, iaitu Honeycomb dan menyokong WiFi juga Wan (3G/4G). Apa yang menariknya, anda boleh menggunakan tablet ini untuk bermain permainan dari PlayStation.


S1 tablet mempunyai skrin 9.4 inci, manakala S2 pula mempunyai dua paparan skrin 5.5 inci seperti Nintendo DS. Berikut adalah spesifikasi untuk kedua-dua tablet.


Untuk S1, Sony telah memasukkan transmitter infra-red di dalamnya. Jadi anda boleh menggunakan tablet S1 ini untuk mengawal gajet yang ada di dalam rumah anda seperti pemain Blu-Ray, radio, televisyen & sebagainya. 


Tak perlu cakap banyak. Kita tunggu dulu tablet ni keluar. Adakah ia setanding, lebih hebat, ataupun kureng dari tablet Android yang lain. Tungguuuuuu..



Dari: CNET.com, PCWorld, DailyMail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...