Monday, April 11, 2011
Apa? Google Doodle?
Haaa, rakan-rakan blogger juga pembaca sekalian (yeahhhh!ayat skema). Perasan sik bila takurang bukak homepage Google, takurang akan nangga logo Google ya akan berubah. Haaa, yalah Google Doodle.
Doodle Doraemon tok pake menyambut ulang tahun Doraemon di Jepun. Setakat tok, Google telah molah lebih 300 Doodle setahun untuk USA & 700 untuk homepage Google seluruh dunia.
Jadi, Doodle untuk hari tok adalah untuk menyambut ulang tahun ke-50 manusia ke angkasa lepas & manusia pertama ke angkasa lepas adalah Yuri Gagarin. Yuri Gagarin berjaya mengorbit bumi pada 12 April 1961 dengan menaiki pesawat Vostok.
Yuri Gagarin lahir pada 9 Mac 1934 di Klushino, Rusia, anak ke 3 dari 4 adik beradik & ibu bapa Yuri berkerja sebagai peladang. Dari kecik, Yuri Gagarin menyimpan hasrat untuk menjelajah angkasa lepas. Setelah tamat belajar di sekolah teknikal vokasional, Yuri melanjutkan pelajarannya ke sekolah tinggi teknikal, dan di sia lah Yuri belajar cara menerbangkan pesawat ringan.
Yuri Gagarin menyertai latihan penerbangan tentera & berkahwin pada tahun 1957 selepas tamat latihan menggunakan pesawat MiG-15. Pada 27 Mac 1968, Yuri Gagarin meninggal dunia semasa rutin latihan penerbangan & abu mayat Yuri disemadikan di Kremlin.
Dari: GoogleDoodle, WikiPedia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku pun mok jadi mcm yuri gagarin hahahhaa
ReplyDeletelak kau ganti syeikh muszaphar pok..aku sapot kau dr blakang..ahahaha
ReplyDelete