Thursday, August 4, 2011

Gadget Apa: BlackBerry Torch

Semalam, RIM telah melancarkan smartphone terbaru mereka dari siri Torch iaitu Torch 9850, 9860 dan 9810. Kesemua smartphone ini akan menggunakan OS terbaru dari RIM iaitu BlackBerry 7. Antara smartphone BlackBerry yang menggunakan BlackBerry 7 adalah Bold 9900. Kesemua telefon terbaru BlackBerry ini akan menggunakan processor 1.2 GHz.

BlackBerry Torch 9810
BlackBerry Torch 9810

Antara ciri-ciri terbaru yang ditawarkan oleh Torch 9810 adalah:

- 5 MP camera with HD recording
- High resolution 640 x 480 color display
- 8 GB memory
- 768 MB RAM

Korang boleh baca dengan lebih lanjut perbezaan antara Torch 9800 dan 9810 di sini.

BlackBerry Torch 9850 and 9860 smartphones
BlackBerry Torch  9850 & 9860

Torch 9850 & 9860 pula menawarkan penggunaan sepenuhnya papan sesentuh (all-touch) dan mempunyai skrin selebar 3.7 inci. Berikut adalah ciri-ciri yang ditawarkan oleh Torch 9850/9860

- 5MP camera with HD recording
- High resolution 800 x 600 pixels color display
- 768 MB RAM
- 4 GB memory, microSD up to 32 GB

Untuk bacaan lanjut ciri-ciri Torch 9850/9860 korang boleh klik sini.

RIM sedaya upaya meningkatkan daya kompetensi mereka dengan Android juga iOS dengan menawarkan OS terbaru untuk pengguna mereka. Pengumuman ini mungkin berita baik untuk peminat-peminat BlackBerry. Jadi mungkin lambat sikit sampai Malaysia, banyak-banyak bersabar lah ya. Hihihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...