Tuesday, August 16, 2011

Berita Apa: Apple's New HQ

Lagi berita teknologi. Hihihi. Apple mengumumkan headquarters terbaru mereka yang terletak di Cupertino, California. Apple Campus 2 ini dijangka siap pada tahun 2015 dan mempunyai rekabentuk seperti piring terbang dan mempunyai keluasan 175 ekar dan boleh memuatkan sehingga 13000 kakitangan.





Apple Campus 2 ini juga dilengkapi dengan auditorium yang mempunyai 1000 kerusi, gim dan juga ruangan untuk kajian seluas 30000 kaki persegi. Hohoho. Gilos. Pejabat terbaru Apple ini juga mempunyai ruang letak kereta bawah tanah supaya 80 peratus kawasan pejabat ini dapat dimuatkan dengan pokok.



Apa yang menariknya, pejabat Apple ini juga dilengkapi dengan penjana eletrik mereka sendiri. Eletrik dari pembekal tempatan hanya akan digunakan pada masa tertentu sahaja. Gila la Steve Jobs. Hahaha. Pejabat Apple yang ada sekarang hanya boleh menempatkan 2600 orang tenaga pekerja dan 9000 lagi ditempatkan di bangunan yang disewa oleh Apple. Go go Apple! Hahaha

 Dari: DailyMail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...