Tuesday, August 16, 2011

Berita Apa: Commercial Space Station

Orbital Technologies, sebuah firma dari Rusia menyiarkan pelan mereka untuk membina hotel di angkasa. Hoyeahh, hotel kat angkasa lepas. Nak tahu berapa kos untuk 5 hari berada dalam hotel ni? £100000. Hihihi. Firma ni menyasarkan kumpulan seperti orang-orang kaya yang nak pergi angkasa lepas, ataupun syarikat swasta yang berminat untuk melakukan kajian di hotel diorang ni. Laporan Dailymail mengatakan, baru 500 orang sahaja yang pergi ke angkasa lepas.





beritaMenurut Sergei Kostenko, ketua eksekutif Orbital mengatakan hotel ini lebih selesa daripada International Space Station (ISS). Yelah, nama dah hotel kan? Hotel ini boleh memuatkan 7 orang pengunjung, dengan keluasan 706 kaki persegi dan pengunjung boleh menikmati keindahan angkasa lepas dengan tingkap yang besar lagi luas. Hihihi. Tengok puas-puas sampai muntah pun boleh. Pengunjung juga boleh memilih nak katil menegak ke katil melintang.





Hotel yang bernama Commercial Space Station ataupun CSS, akan dibina 217 batu di atas bumi dan hanya boleh di akses oleh roket Soyuz. Untuk makanan pula mengikut selera pengunjung, malahan diorang boleh tolong upah chef ternama untuk menyediakan makanan sebelum berlepas ke angkasa lepas. Kostenko menambah lagi, berkemungkinan CSS ini akan siap pada tahun 2016. Jauh lebih awal daripada Richard Branson, bos Virgin. Orbital Technologies ini juga adalah affiliate kepada RSC Energia, kontraktor utama Rusia untuk ISS. Lepas ni ada la tagline baru, "Now everybody can go to space". Hihihi

 Dari: DailyMail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...