Sunday, November 13, 2011

Info Apa: Great Man Made River

Muammar Gaddafi telah meninggal dunia. Tetapi dia telah meninggalkan sesuatu yang sangat berharga untuk warga Libya iaitu bekalan air merentasi gurun Sahara. Buku Guinness World Book of Records 2008 telah mengiktiraf projek ini sebagai projek pengairan terbesar di dunia. Menurut laman web GMRA (Great Man Made River Authority) sepanjang 4071 km paip telah dipasang merentas Libya. Projek ini membekalkan 6.0 juta meter padu air ke seluruh Libya.

File:Great Man Made River schematic EN.svg
Gambarajah skematik untuk saluran paip-dari Wikipedia

Projek ini dibahagikan kepada 5 fasa namun begitu setakat ini hanya 3 fasa yang telah siap. Kos untuk projek ini adalah $5.53 billion untuk fasa 1, $8.05 billion untuk fasa 2, dan $6 billion untuk fasa 3.  70% air ini digunakan untuk pembangunan agrikultur.








Fakta menarik:
- penggunaan simen untuk pembinaan paip adalah 7 juta tan
- panjang dawai pre-stress adalah 6 juta km yang mana dapat mengelilingi bumi 280 kali
- 1300 buah telaga yang telah dikorek boleh menampung sebanyak 6.5 juta meter padu air untuk setiap hari

Ada banyak lagi info yang ada di dalam internet yang korang boleh cari pasal projek ni. Serius ini adalah mega projek sehingga Gaddafi sendiri mengatakan ini adalah keajaiban dunia ke-8. Gilos!




Dari: Wikipedia, GMMRA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...