Sunday, November 20, 2011
Gadget Apa: Cotton Candy
Sebuah syarikat yang berpangkalan di Norway, berjaya mencipta sebuah komputer sebesar thumb-drive. Thumb-drive ini mempunyai processor Samsung 1.2GHz dual-core seperti yang terdapat di dalam Samsung Galaxy S2, WiFi, Bluetooth, HDMI-out dan juga slot microSD. Thumb-drive ini dinamakan Cotton Candy kerana mempunyai berat 21 gram sahaja. Thumb-drive ini mempunyai kebolehan untuk menukar mana-mana TV, laptop, tablet menjadi Android kerana OS Cotton Candy adalah Android.
Sekiranya korang mencucuk Cotton Candy ke dalam komputer yang mempunyai Windows, ataupun OS X (Apple Mac) ia akan menggerakkan sistem Android di dalam "secure window". Serius, bagi aku inilah gadget yang sangat gilos. Hanya sebesar thumb-drive, boleh dibawa kemana-mana, mempunyai OS sendiri. Paling tak boleh blah ada Bluetooth pulak tu. Hahaha. Jom dengar lagi penjelasan dari CEO syarikat yang menghasilkan Cotton Candy ini, FXI Technologies.
![]() |

Untuk bacaan lanjut, korang boleh klik link dibawah.
Dari: LAPTOP Mag
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment