Friday, November 18, 2011

Berita Apa: Microsoft Surface

Aku rasa kalau aku sebut Microsoft Surface mesti korang blur. Tapi video tentang Microsoft Surface banyak tersebar di internet 1-2 tahun lalu dan aku rasa korang pun mesti pernah tengok video tu. So, aku nak share dengan korang device yang boleh support Microsoft Surface iaitu Samsung SUR40.



Bagi aku Microsoft Surface ni adalah alat untuk masa depan. Pada masa sekarang, Samsung SUR40 di jual dengan harga $8400 tapi buat masa ini adalah untuk pre-order. Pre-order tersebut sudah dimulakan semalam dan hanya terhad di 23 buah negara sahaja iaitu United States of America, Australia, Austria, Belgium, Canada, Denmark, France, Germany, Hong Kong, India, Ireland, Italy, Korea, Netherlands, Norway, Qatar, Saudi Arabia, Singapore, Spain, Sweden, Switzerland, UAE, dan UK.

Samsung SUR40 ini berukuran 40 inci, dan dijana oleh processor 2.9GHz AMD Athlon X2 dual-core. Selain itu "meja pintar" ini mempunyai berat hampir 46kg. Hohoho.

Microsoft Surface masih lagi di dalam peringkat percubaan. Ia dijana dengan Windows 7 dan yang paling menarik sekali adalah PixelSense. PixelSense membolehkan skrin display membaca dan mengenali jari, tangan dan objek yang diletakkan di atas skrin. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Microsoft Surface, korang boleh Google...opssss Bing sekarang. Hihihi.

Dari: Microsoft Surface, Samsung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...