Friday, April 15, 2011

Apa Tok? Baikonur Cosmodrome

Baikonur Cosmodrome yang terletak di Kazakhstan adalah pusat pelancaran angkasa lepas yang pertama & terbesar di dunia. Pusat pelancaran ini telah disewakan oleh kerajaan Kazakhstan kepada Rusia & diuruskan oleh Russian Federal Space Agency & Russian Space Forces. Pusat ini dibina semasa pemerintahan Soviet Union pada tahun 1950-an. Baikonur Cosmodrome yang berada dibawah pengurusan Rusia ini antara pusat pelancaran yang tersibuk dengan pelbagai jenis pelancaran dilakukan.


Baikonur Cosmodrome juga mencipta sejarah apabila manusia pertama mengelilingi orbit bumi, Yuri Gagarin menaiki kapsul angkasanya, Vostok-1 telah berlepas di pusat pelancaran ini. Pada mulanya, pusat pelancaran ini digunakan untuk membangunkan misil antara benua (intercontinental missile) juga peluru berpandu balistik (ballistic missiles).


Fasiliti yang terdapat di Baikonur;

i. Loji penghasilan oksigen-nitrogen
ii. 3 fasiliti bahan bakar
iii. stesen janakuasa
iv. 2 lapangan terbang
v. 1281 kilometer jalanraya
vi. 6610 kilometer jaringan komunikasi
vii. 360 kilometer jaringan paip
viii. 1240 kilometer jaringan air
ix. 430 kilometer jaringan pembentungan
x. 410 kilometer jalan keretapi


Stesen Baikonur digunakan untuk melancarkan kapal angkasa Rusia, antaranya, Soyuz, Proton, Tsyklon, Dnper, Zenit, Buran. Ketika kemalangan kapal angkasa Columbia pada tahun 2003, di mana Columbia telah meletup ketika berlepas, Stesen Baikonur memainkan peranan penting dalam operasi juga penambah bekalan untuk ISS (International Space Station).


Gambar-gambar yang terdapat di dalam post ini adalah pelancaran kapal angkasa Soyuz TMA-01M yang membawa krew angkasawan NASA, Scott Kelly, Komander Soyuz, Alexander Kaleri, Jurutera Penerbangan Rusia, Oleg Skripochka pada 8 Oktober 2010.




Dari: PlanetOddity, WikiPedia, RussianSpaceWeb, NASA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...