Sunday, April 17, 2011

Apa? Akaun Blogger Akan Di Dihapuskan?

Yes, berita terbaru dari Blogger Buzz, blog rasmi untuk Blogger. Blogger, yang telah dibeli oleh Google akan memadamkan akaun lama Blogger tidak lama lagi, aktif pada 25 Jun 2011. Atas alasan teknikal dan operasi, Blogger akan memadamkan akaun & blog lama yang tidak diintergerasikan menggunakan akaun Google. 

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pengguna lama Blogger hendaklah mengemaskini akaun mereka ke akaun Google di Legacy Migration Page ini. Dalam beberapa minggu lagi, Buzz akan menghantarkan maklumbalas mengenai perkara ini. Sebarang pertanyaan, anda bolehlah bertanya di forum Blogger di sini.  

Menurut Amanz.my, Google memberi penekanan serius mengenai perkhidmatan yang menggunakan akaun Google. Dikhabarkan Youtube telah mengeluarkan amaran serupa seperti Blogger. Mungkin Google ingin memudahkan penggunanya untuk menggunakan perkhidmatan yang mereka sediakan. Diharap pembaharuan ini tidak menyulitkan kita, sebagai pengguna.

Dari: Blogger Buzz, Amanz.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...