Tuesday, November 15, 2011

Gadget Apa: BlackBerry Bold 9790 & Curve 9380

Tak sejuk lagi dengan Bold 9900, Torch 9810 & 9850 di pasaran. Hari ini BlackBerry memperkenalkan lagi kedatangan Bold & Curve baru iaitu Bold 9790 & Curve 9380.

BlackBerry Bold 9790

Bold terbaru ini masih lagi mengekalkan rekabentuk elegan walaupun bersaiz kecil. Seperti Bold 9900, Bold 9790 mempunyai skrin sentuh (touch screen) & mengekalkan papan kekunci QWERTY. Seperti yang kita tahu (aku pun baru tahu jugak lepas aku pakai BB kawan aku) QWERTY BlackBerry ni sangat best untuk messaging. Jadi adalah sangat sesuai untuk BBM, texting, dan juga membalas email.

BlackBerry 9790

Spesifikasi lain untuk Bold 9790 adalah:
- skrin 2.44 inci
- 1GHz processor
- 8GB internal memory serta slot microSD sehingga 32 GB
- kamera auto-focus 5 megapixel
- fungsi (Near Field Communication) NFC seperti yang terdapat di dalam Galaxy Nexus & Nexus S

BlackBerry Bold 9790
Paparan skrin untuk Bold 9790


BlackBerry Curve 9380

Curve 9380 akan disertakan dengan OS terbaru dari RIM iaitu BlackBerry OS 7. Curve 9380 tidak mempunyai papan kekunci QWERTY, tetapi sepenuhnya menggunakan skrin sentuh. Spesifikasi lain untuk Curve 9380 adalah:

BlackBerry Curve 9380


- skrin sentuh 3.2 inci
- kamera 5 megapixel dengan flash

Tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi penuh Curve 9380 tetapi Curve ini juga mempunyai fungsi NFC dan juga Augmented Reality yang dibantu oleh kompas digital. Augmented Reality membolehkan pengguna menggunakan app Wikitude dimana app ini membantu pengguna BlackBerry untuk mengetahui perkara di sekeliling mereka. Korang boleh pergi terus ke laman web Wikitude untuk mengetahui lebih lanjut mengenai app ini.



Kedua-dua smartphone ini akan dipasarkan dalam beberapa minggu lagi, namun begitu masih tidak diketahui bilakah gadget ini akan memasuki pasaran Malaysia. So, kepada peminat BlackBerry boleh la tunggu kejap sebelum korang nak beli Curve 9360 & Bold 9900. Hihihi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...