Wednesday, January 18, 2012

Gadget Apa: Nissan Scratch Shield

Ya, ini bukan tipu. Ini betul-betul punya barang.

Pembuat kereta idaman para jejaka, Skyline GT-R, Fairlady 370Z, membuat casing khas untuk pengguna iPhone 4 & 4S. Casing ini akan menggunakan sejenis cat yang biasa digunakan pada model kereta Nissan dan juga Infiniti di mana cat ini yang mempunyai bahan polyrotaxane, akan membaiki secara sendirinya sebarang goresan(scratch) pada casing tersebut.



Nissan memberitahu goresan yang kecil boleh dibaiki dalam masa sejam, namun begitu untuk goresan yang teruk, mungkin akan mengambil masa selama satu minggu. NTT DoCoMo, syarikat telco yang berpangkalan di Jepun telah pun diberi kebenaran oleh pihak Nissan untuk menggunakan cat tersebut dimana penggunaannya terhad di Jepun sahaja.



Nissan menyasarkan untuk menjual casing iPhone ini dalam tahun ini dan harganya masih lagi tidak diketahui. Berkemungkinan besar, casing ini lebih mahal ataupun sama harga dengan iPhone. Ohohoho. So, iPhone lovers. Ada berani? Ehehehe.

Dari: Slash Gear

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...