Thursday, January 26, 2012

Berita Apa: Kamal Ashnawi

Kenal Kamal Ashnawi? Mesti korang tak kenal kan? Muehehehehe. Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia bernama Kamal Ashnawi,mendakwa dirinya adalah trillionaire. Cerita ni mengingatkan aku dengan mamat Lubnan, Elie Youssef Najim yang mengaku dirinya billionaire.



Kamal, ketua pegawai eksekutif Sierra Petroleum Sdn. Bhd. mendakwa beliau mempunyai wang simpanan sebanyak lebih 5 trillion euro melalui penyata bank HSBC. Mak oi, lebih kaya dari Bill Gates mamat nie. Bill Gates pun ada aset sebanyak RM170 billion. Mamat ni pulak ada cash 5 trillion euro.

Menurut Kamal, beliau berwarganegara Belanda dan lahir di Perak. Beliau juga mengatakan bahawa beliau adalah berketurunan maharaja China dan juga India, Siam dan juga Jawa. Kamal juga memberitahu bahawa beliau pernah dibawa ke Kunming, China untuk melihat harta karun yang ditinggalkan oleh maharaja China, dijaga oleh pasangan tua yang didakwa oleh Kamal hidup kekal abadi. Hoyeahhhhh.

Malaslah aku nak cerita panjang-panjang. Korang baca sendiri kat Utusan, The Star, tak pun Global Post. Aku pun tak pasti cerita dia ni betul ke tidak.

Dari: Utusan, The Star, Global Post, Sierra Petroleum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...