Friday, July 22, 2011

Info Apa: Space Shuttle

Semalam, setelah mendaratnya kapal angkasa Atlantis di pusat angkasa Kennedy di Florida, USA maka tamatlah Space Transportation System (STS) NASA. Kerana polisi baru pentadbiran Barack Obama, kerajaan USA terpaksa menghentikan STS dan menswastakan program pengangkutan angkasa. Buat masa ini, NASA akan menggunakan Soyuz milik Russia untuk menghantar angkasawan.

Gambar Atlantis memasuki atmosfera dari bumi
Atlantis ketika memasuki atmosfera bumi

Sepanjang penggunaan STS, terdapat lima shuttle atau kapal angkasa digunakan dan 2 daripadanya terlibat di dalam kemalangan; Columbia, Challenger, Discovery, Atlantis & Endeavour.  Seperti mana sistem pengangkutan yang lain, STS juga tidak terlepas daripada kemalangan. Kemalangan yang pertama pada tahun 1986, dimana kapal angkasa Challanger meletup 73 saat selepas berlepas. Kemalangan yang pertama ini mengorbankan 7 nyawa. Untuk bacaan lanjut korang boleh klik di sini.

Space shuttle picture: The plume from the destruction of Challenger
Tragedi pada tahun 1981
Tragedi yang kedua pada tahun 2003, kapal angkasa Columbia juga meletup ketika cuba mendarat juga mengorbankan 7 nyawa. Bacaan lanjut boleh klik di sini.

Serpihan kapal angkasa Columbia ketika memasuki bumi
Seperti mana yang kita tahu, shuttle tidak mempunyai sebarang enjin dan dikawal hanya menggunakan sayapnya sahaja. Kegunaan kapal angkasa ini adalah untuk membawa barangan & angkasawan ke orbit ataupun ke ISS (International Space Station) & juga misi servis.



Kapal angkasa Atlantis disimpan selepas penerbangan terakhir semalam
Jumlah keseluruhan STS adalah 135 penerbangan dimana penerbangan pertama pada 12 April 1981. Dalam entri kali ini, aku kepilkan sekali gambar-gambar terakhir perkhidmatan STS. Di bawah ada disertakan sekali video mengenai STS sepanjang 30 tahun perkhidmatan mereka pada NASA & juga infografik mengenai shuttle.

Infografik shuttle
Atlantis selamat mendarat malam semalam
Krew kapal angkasa Atlantis, dari kiri: Rex Walheim, Sandy Magnus, Doug Hurley, Chris Ferguson



Dari: DailyMail, WikipediaNASA, National Geographic

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...