Wednesday, June 1, 2011

Info Apa: Twitter Photo

Twitter, dengan kerjasama Photobucket akan memperkenalkan perkongsian gambar secara terus dari laman web Twitter.com dalam masa beberapa minggu lagi. Paparan butang perkongsian gambar tersebut dalam bentuk seperti gambar di bawah. Ini dikhabarkan sendiri oleh CEO Twitter, Dick Costolo pada D9 Conference, semalam.

Butang Twitter Picture

Bagi bukan pengguna smartphone pula, pengguna Twitter boleh menghantar gambar melalui MMS. Namun ini masih lagi dalam perbincangan pihak Twitter dengan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Ini mungkin langkah Twitter untuk menarik kembali pengguna mereka dari menggunakan aplikasi dari pihak ketiga seperti Echofon, Ubersocial dan sebagainya kepada menggunakan sepenuhnya laman web Twitter.



Dari: TwitterBlog, Amanz.my, CNet

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...