Thursday, June 9, 2011

Info Apa: Favicon

Bila kita pergi ke blog ataupun certain website, kita akan tengok icon setiap website lain. Bagi pengguna Blogger in Draft, anda sekarang boleh menukarkan favicon anda dengan cara yang lebih mudah & cepat. Jika anda masih lagi menggunakan website Blogger standard, anda boleh mengubah penggunaan tersebut dengan menekan link yang terdapat di bawah blog anda ataupun http://draft.blogger.com/ .

Link Blogger in Draft terdapat di dalam kotat Other Stuff

Setelah itu, anda boleh menukar favicon anda dengan mencari tab Design | Page Elements . Selepas itu, anda dapat lihat paparan seperti dibawah.


Untuk menukar favicon anda, anda boleh upload gambar di dalam komputer anda. Buat masa ini, Blogger in Draft hanya boleh menyokong fail berformat .ico sahaja. Jika gambar anda di dalam format .png, . gif ataupun .jpeg anda boleh mencari website yang boleh membantu anda untuk menukarkan format gambar anda, seperti   http://www.iconconverter.com/ .  


Setelah selesai, anda cuma perlu menekan butang Save dan Blogger secara automatik akan menukar saiz gambar anda.


Setelah itu, anda boleh lihat favicon baru anda. Selamat mencuba.

Dari: BlogBloggerinDraft

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...