Thursday, June 30, 2011

Info Apa: Google +

Yeah, mungkin aku terlambat nak post produk terbaru dari Google iaitu Google +,tapi aku nak jugak post. Hihihi. Seperti yang korang sedia maklum, telah keluar dari media arus perdana mahupun bloggers tentang Google + ni dimana Google telah membuat pengumuman tentang projek ini 2 hari lepas.

Homepage Google +




Google + masih lagi dalam proses percubaan, kalau korang nak cuba pun dah terlambat sebab jemputan untuk buat akaun Google + telah ditutup. Aku cuba juga tadi tapi tak berjaya. Frust jugak la sebab nak peek apa benda yang istimewa sangat Google + ni.

Melalui website Google +, Google menawarkan beberapa kelainan,tapi bagi aku yang menarik sekali adalah Circles. Korang boleh drag kawan-kawan korang ke dalam Circles mana yang korang nak letak. Mungkin dalam kategori family, gila-gila, rakan sekelas dan sebagainya. Macam mana nak main Circles ni, korang boleh cuba di Google +.



Selain daripada Circles, Google + juga menawarkan Hangouts dimana korang boleh group chat menggunakan webcam,



Instant Upload yang mana korang boleh terus muat naik (upload) gambar terus dari telefon korang,



Sparks, dimana korang boleh berkongsi & bersembang apa yang korang minat dengan rakan korang yang mempunyai minat yang sama.



Yang terakhir sekali adalah Huddle, dimana huddle menawarankan fungsi group chat terus kepada Circles korang. Yeah, mungkin yang ni biasa je kot. Hihihi

Mungkin projek Google + atapun Google Plus ini cuba untuk memecah dominasi Facebook dalam social network, bagi aku ok la tu. Kita ditawarkan dengan pilihan di mana korang boleh pilih social network yang sesuai untuk korang. Terbaru, mungkin respon Facebook ataupun Mark Zuckerberg (hihihi), pada minggu hadapan Facebook akan mengumumkan sesuatu yang sangat "awesome". Apa yang awesome sangat tu, kita tunggu je la minggu depan.

Kalau korang nak tengok sikit macam mana Google + ni, ada caranya. Tips ni aku dapat dari CNet.com. Korang pergi ke Google.com, lepas tu taip "site:plus.google.com profile". Akan keluar paparan seperti ini. Pehhh, dah macam stalker profesional dah aku ni. Hihihi


Lepas pilih lah profile mana korang nak tengok. Gambar yang satu lagi kat bawah bila aku godek-godek dari Google. Macam Facebook jugak. Tengoklah nanti bila Google + ni siap, baru aku boleh komen lagi. Buat masa ni tengok-tengok je la dulu. Hihihi.

Paparan profile Google  +

Paparan post Google +

Dari: GoogleBlog,Google +,PCMag, CNet

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...