Wednesday, January 18, 2012

Gadget Apa: Sony Xperia S

Pemerhati gajet antarabangsa semestinya menantikan kehadiran gajet-gajet terbaru dari pengeluar gajet dunia.



Baru-baru ini, Sony telah mengumumkan di CES 2012 yang berlangsung di Las Vegas, USA gajet terbaru dari siri Xperia iaitu Xperia S, yang melalui kod namanya dikenali sebagai Xperia Icon. Namun begitu masih tidak banyak yang diketahui mengenai Xperia S. Berikut adalah spesifikasi Xperia S;



Processor: 1.5 GHz dual-core
Memory: 1GB RAM
Skrin: 4.3 inci, 1280 x 720 pixels HD
Simpanan: 16GB & 32 GB
Kamera: 12 megapixels
Kamera Hadapan: 1.3 megapixels
OS: Android 2.3, kemaskini Android 4.0 pada suku ke-4 2012



Spesifikasi lain adalah;

i. NFC support
ii. Playstation Certified



Melalui press release Sony, Xperia S akan menemui pasaran di seluruh dunia pada suku ke-4 2012. Tetapi kali ini Sony mengumumkan gajet ini tanpa menggunakan nama Sony Ericsson. Hmmmmm, sebab apa ya? Kepada peminat Android dan Sony, sama-sama kita nantikan kedatangan smartphone terbaru ini. Pastinya akan ada kelainan yang akan dibawakan semasa pelancarannya kelak.

Dari: Engadget

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...