Tuesday, October 4, 2011

Gadget Apa: iPhone 4S

Pada hari ini, Apple memperkenalkan secara rasminya iPhone 4S dalam acara "Let's Talk iPhone". Rekabentuk iPhone 4S sama seperti iPhone 4 yang ada sekarang. Penambahbaikan yang ada pada iPhone 4S adalah processor yang baru iaitu A5, cip yang sama digunakan pada iPad. Juga dual-core graphics dimana 7 kali lebih laju daripada iPhone yang sebelumnya.



Manakala untuk bateri pula, iPhone 4S menjanjikan 8 jam masa bercakap untuk panggilan 3G, 6 jam untuk melayari internet, dan 40 jam untuk mendengar lagu.



Antara perubahan besar untuk iPhone 4S adalah kameranya. 4S datang dengan kamera 8 megapixel dan "backside illumination". Dengan "backside illumination" dan beberapa peningkatan untuk kamera 4S, membolehkan penggunanya menangkap gambar dalam masa 1.1 saat. Perubahan yang seterusnya untuk 4S adalah rakaman video iaitu 1080p HD video recording. Rakaman video ini juga disokong oleh penstabil imej (image stabilization) & noise reduction.



iPhone 4S datang dengan 2 warna iaitu hitam dan putih. 16GB dijual dengan harga $199, 32GB berharga $299 dan 64GB $399. Namun begitu, ini adalah harga untuk pasaran USA. Paling mengejutkan adalah penurunan harga generasi iPhone sebelumnya iaitu iPhone 3GS percuma dengan kontrak, manakala iPhone 4 $99 sahaja. Mungkinkah harga iPhone 4 di pasaran Malaysia juga akan turun?



iPhone 4S akan mula dijual di USA, Kanada, Australia, UK, Jerman, Perancis & Jepun pada 14 Oktober kelak. Manakala pada 28 Oktober 22 negara akan menerima 4S dan 70 lagi negara pada hujung tahun ini. Jadi, kepada peminat-peminat iPhone & barangan Apple, buat masa ini tiada lagi iPhone 5. Tunggu tahun depan pulak untuk iPad 2S ataupun iPad 3. Hihihi.

Korang juga boleh membaca kenyataan akhbar penuh dari Apple mengenai iPhone 4S.

Dari: Engadget

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...