Seperti yang di post oleh aku dalam entri terdahulu,
SAMSUNG akan memperkenalkan sesuatu pada 11 Oktober, tapi ditunda pada 19 Oktober iaitu semalam. Jadi, semalam di Hong Kong, Google dengan kerjasama Samsung melancarkan smartphone terbaru iaitu Galaxy Nexus.
|
Galaxy Nexus |
Datang dengan skrin HD Super AMOLED 4.65 inci & juga Android OS terbaru iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Spesifikasi yang lain adalah 1.2 GHz processor dual-core, kamera 5 megapixel, kamera hadapan 1.3 megapixel, 1080p video recording, 3.5mm headphone jack, & Bluetooth 3.0. Selain itu, RAM 1GB, 16 atau 32GB memori simpanan.
Google menggunakan sebaik-baiknya produk Google + dan yang paling menarik sekali adalah Face Unlock. Face Unlock adalah cara untuk unlock telefon anda menggunakan muka. Tak payah susah-susah nak tekan password, senyum sahaja dan korang boleh unlock phone korang. Hohoho.
Selain itu, Android memperkenalkan Android Beam. Di mana pengguna-pengguna Android boleh berkongsi kenalan, laman web, apps, peta, dan video YouTube dengan hanya meletakkan kedua-dua telefon dengan dekat. Namun begitu, fungsi ini terhad kepada smartphone Android yang mempunyai fungsi NFC (Near field communication). Jadi, untuk mengetahui apa yang baru dalam Galaxy Nexus, korang boleh tengok di website
Galaxy Nexus. Semestinya, peminat-peminat Android terutama di Malaysia teruja dengan Galaxy Nexus ni. Jadi, tunggu dalam sebulan dua sampai la kat Malaysia. Hihihi