Monday, September 5, 2011
Gambar Apa: India-Pakistan Border
Sempadan negara manakah yang boleh dilihat dari angkasa? Jawapannya adalah sempadan India-Pakistan. Hahaha. Kerajaan India berharap mereka dapat meletakkan lampu limpah sepanjang 2009 km dari 2900 km persempadanan mereka dengan Pakistan. Setakat ini, lampu limpah telah dipasang sepanjang 460 km garisan sempadan antara kedua-dua negara.
Menurut kerajaan India, pemasangan lampu limpah ini adalah untuk mengelakkan aktiviti penyeludupan senjata & bahan api, juga kemasukan pengganas. Gambar ini telah dirakamkan oleh krew angkasawan yang berada di dalam International Space Station (ISS) pada 21 Ogos yang lalu. |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment