Wednesday, July 27, 2011

Gambar Apa? Japan Cloning

Ingat lagi pasal 3D printer yang aku post dulu? Apa kaitan pulak 3D printing dengan cloning? Sebenarnya tak ada kaitan pun. Hihihi. Di Akihabara Jepun, ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan cloning dengan mencipta patung yang mempunyai paras muka seperti anda dengan menggunakan teknologi 3D printing. Jom tengok sedikit hasil laporan dari otaku terkenal, Danny Choo.


Berapa harga yang perlu dibayar untuk perkhidmatan ini? Sekurang-kurangnya $1800. Hohoho. Tak hingin aku. Baik aku ambik gambar tampal kat anak patung. Lagi Murah. Hihihi.

Proses pertama yang perlu dilakukan ialah pengambilan gambar dari pelbagai sudut. Atas, kiri, kanan, depan dan belakang.


Gambar ini kemudian di analisis kemudian dengan menggunakan software Autodesk, 3D model dihasilkan dari analisa tersebut.


Setelah semua data mencukupi, clone tersebut akan di cetak menggunakan ZPrinter 650.


Seperti yang kita lihat dalam video sebelum ini, model dicetak di atas plaster.


Kemudian proses pembuangan lebihan plaster menggunakan air jet.


Ini pulak adalah antara hasil pengklonan tadi. Hohoho. Meremang bulu roma aku tengok patung ni. Serius




Beberapa hari kemudian, clon Danny Choo telah siap. Bravo!


p/s: Serius aku rasa macam geek gila bila buat post ni. Macam aku ni otaku pulak. Hohoho

Dari: Danny Choo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...