Thursday, June 16, 2011

Info Apa: Takabisha

Jepun sekarang tengah membina roller coster tercuram di dunia. Terletak berhampiran dengan gunung Fuji, Fuji-Q Highland Amusement Park mengumumkan Takabisha, trek sepanjang 1000 meter dengan 7 pusingan major dan anda akan dijatuhkan setinggi 43 meter. Gilos.

Takabisha

Takabisha menggabungkan graviti dan trek linear untuk mendapat pecutan sehingga 100 kilometer sejam. Bagi mereka yang akan menaiki Takabisha ini nanti, mereka akan mengalami weightlessness semasa terjunan. Gilos. Aku dengar pun dah cuak.

Perjalanan menaiki Takabisha mengambil masa 112 saat sahaja. Tapi kos untuk membina Takabisha ini adalah 3 bilion Yen, bersamaan dengan £23 milion. Erk, mahal gila. Jom tengok video time lapse pembinaan roller coaster kat bawah ni.



Dari: DailyMail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...