Friday, May 27, 2011

Info Apa: Miniature Cities

Kreativiti manusia tidak terbatas. Walaupun ada sesetengahnya boleh kita katakan gila,membazir dan sebagainya. Tapi kreativiti manusia tetap awesome. Jom tengok karya-karya bertemakan bandar kecil dari seluruh dunia.

Bandar Biskut

Bandar kecil yang diperbuat daripada biskut dan manisan ini hasil kerja keras artis dari Cina, Song Dong. Ribuan biskut telah digunakan untuk membuat replika bandar termasuklah stadium dan gereja. Replika bandar ini telah dibina di sebuah pasaraya berhampiran London.Setelah replika ini siap, para pengunjung pasaraya tersebut dijemput untuk menjamahnya. Nomnomnom. Hihihi

Bandar Origami

Bandar origami ini mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan. Wataru Ito, menggunakan kertas, gam kertas,pisau juga penebuk lubang untuk menghasilkan bandar origami ini. Gilo, mau tak pening kepala dia buat benda ni. Phewwww.

Bandar Staples

Lagi kerja gila,pening kepala,leceh yang dihasilkan oleh Peter Root. Beliau mendirikan bandaraya New York menggunakan staples. Tahu tak apa staples? Alah, ubat stapler tu la. Peter mengambil masa selama 40 jam untuk mendirikan bandar staples ni. Namun, mengambil beberapa saat sahaja untuk musnah,dimusnahkan sendiri oleh Peter menggunakan guli. Guli ke marmar, aku tak pasti. Hahaha


Bandar Pecungkil Gigi

Ni lagi la gila. 6 juta pencungkil gigi, 170 liter gam, 6 tahun. Ini adalah hasil dari Stan Muro, yang bekerja di Muzium Sains & Teknologi, New York, USA. Aku punya projek buat jambatan dari batang aiskrim pun dah pening dah. Ni nak buat dari pencungkil gigi. Lagi la pening. Hahahaha

Dari: Oddee

1 comment:

  1. Its not a waste of time but creative and imaginative ideas esp using the biscuits.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...