Tuesday, May 31, 2011
Video Apa? Erik Lambert
Info Apa: Boulevard of Billionaires
Rumah yang berada berdekatan dengan Istana Kensington sangat mahal, sehingga dikatakan terlalu mahal untuk selebriti, bankers juga pemenang loteri. Purata harga rumah di Kensington, London adalah £19.2 juta. 1 kaki persegi pula berharga kira-kira £1193. Hohoho.
Lelaki terkaya di Britain, Lakshmi Mittal yang mempunyai kekayaan sebanyak £23.8 bilion membeli salah sebuah rumah di kawasan ini dengan harga £57 juta. Kaya teruk mamat ni.
Kalau korang nak teruskan bacaan antara jalan yang termahal di Britain, korang boleh klik link kat bawah ni. Ada tak orang buat research macam ni kat Malaysia? Hihihi
Dari: DailyMail
Video Apa? The Football Feeling
Selamat Hari Gawai
Video Apa? Record Setting Jumps
Video seterusnya, Yellow Driver dari Team Hot Wheels memecahkan rekod dunia dalam jarak lompatan paling jauh di dalam kenderaan pacuan empat roda. Betul ke ni? Ahahaha. Acara ini telah diadakan di Indianapolis. Yellow Driver atau nama sebenar beliau, Tanner Foust telah membuat lompatan sejauh 332 meter. Jauh siot.
Monday, May 30, 2011
Info Apa: TNB Buzz
TNB pun dah mula menggunakan infografik bagi menjelaskan isu tarif eletrik baru ni. Aku rasa syarikat ataupun NGO kat Malaysia patut guna infografik. Senang baca, mudah faham. Hihihi
Kalau tak nampak sangat,korang klik gambar ni untuk paparan yang lebih jelas.
Dari: TNB Buzz
p/s: Kalau minyak naik lepas ni, mintak tolong sapa-sapa buatkan infografik pasal harga minyak naik. TQ. Hihihi
Gadget Apa? ASUS Padfone
Persaingan untuk mencipta smartphone semakin tinggi. Semakin ramai pengeluar mencuba nasib dalam pasaran smartphone ini. Semalam, bertempat di Computex trade show di Taipei, ASUS salah satu pengeluar barangan untuk komputer telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Padfone.
Padfone Tablet Dock |
Senang cerita Padfone ni adalah gabungan antara tablet dan smartphone. Sebuah tablet yang mana korang boleh letak smartphone korang di belakang tablet tersebut. Konsepnya seperti Motorola Atrix, cuma bezanya adalah Motorola Atrix mempunyai "dock" seperti laptop.
Telefon Padfone ini berukuran 4.3 inci dan tablet berukuran 10.1 inci. Spesifikasi Padfone ini masih belum lagi diperincikan oleh pihak ASUS, begitu juga tarikh penjualan dan harga. Bateri yang ada pada tablet ini boleh digunakan untuk mengecas bateri smartphone & 3G yang ada pada smartphone boleh digunakan pada tablet ini.
Dari: PCWorld, Engadget
Tablet Dock dari belakang |
Telefon Padfone ini berukuran 4.3 inci dan tablet berukuran 10.1 inci. Spesifikasi Padfone ini masih belum lagi diperincikan oleh pihak ASUS, begitu juga tarikh penjualan dan harga. Bateri yang ada pada tablet ini boleh digunakan untuk mengecas bateri smartphone & 3G yang ada pada smartphone boleh digunakan pada tablet ini.
Compartment di bahagian belakang tablet untuk smartphone |
Padfone ini akan menggunakan operating system (OS) dari Android. Namun begitu, masih tidak dapat lagi dipastikan sama ada Padfone ini akan menggunakan Android 3.0 Honeycomb khas untuk tablet ataupun OS yang masih lagi diperingkat pembangunan dengan codename Ice Cream Sandwich. Lapar pulak perut aku baca codename ni. Hihihi. Kalau korang nak bacaan lanjut tentang Ice Cream Sandwich, korang boleh klik sini.
Nampaknya ASUS pun ingin mencuba dalam pasaran tablet dan smartphone yang semakin meningkat. Konsep hibrid yang diperkenalkan oleh ASUS ini juga menarik. Bagi aku, setiap gadget ada pro & kontra. Terpulang kepada kita sebagai pengguna untuk memilih gadget mana yang sesuai untuk kita. Jadi pencinta gadget sekalian, tunggu je la Padfone ni sampai Malaysia. Lagi banyak korang boleh komen. Hihihi. Peace!
Dari: PCWorld, Engadget
Sunday, May 29, 2011
Info Apa: Bodybuilder Berumur 74 Tahun
Ini nenek bukan sebarang nenek. Nenek yang berusia 74 tahun dari Baltimore ini dinobatkan oleh Guinness Book World of Records sebagai bodybuilder wanita tertua yang kompetitif di dunia. Ohohoho. Saya terkesima. Hihihi
Ernestine Shepherd, mempunyai suami yang berumur 54 tahun tinggal bersama anaknya yang berusia 53 tahun juga cucunya 14 tahun. Banyak gila 4, boleh mati ini macam wo. Hahaha. Ernestine juga mengajar di fitness center juga melakukan sedikit modelling.
Jom kita tengok pulak rutin Ernestine ni. Setiap pagi, Ernestine akan bangun pada pukul 3 pagi untuk bertafakur dan kemudian jogging sejauh 10 batu sebelum makan tengah hari. Pemakanan pulak, makan nasi perang, dada ayam & sayur-sayuran, dan lepas tu minum putih telur 3 kali sehari. Erkk, putih telur. Nenek ni juga mengelakkan dari makan makanan yang manis.
Ernestine juga pernah menyertai 9 marathon dan memenangi 2 pertandingan bina badan. Hohoho. Perform teruk nenek ni. Dan yang paling best, idola nenek ni adalah Sylvester Stallone. Ekekekeke. Jadi aku tak hairan lah bersemangat sangat nenek kita ni bina badan. Hihihi
Dari: DailyMail
Gambar Apa? 20th Century USA
Dari: FoolishMind
Video Apa? El Internet
Video Apa? Parody Epic Meal Time
P/s: Video ni tak ada langsung pasal daging, semua sayur-sayuran.
Saturday, May 28, 2011
Video Apa? Loom
Video Apa? The Greeks
Friday, May 27, 2011
Info Apa: Facebook Profile Picture
Statistik yang dikeluarkan oleh Pixable, pembangun a.k.a developer untuk app Photofeed untuk iPhone & iPad mengenai Facebook Profile Photo. Statistik ini menunjukkan yang kita upload profile picture berkadar terus setiap tahun. Jom baca sekejap info mengenai Facebook Profile Photo ni. Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Dari: Pixable
Berita Apa? Kekejaman Terhadap Binatang
Star,ditanam hidup-hidup |
Dari: DailyMail
Gambar Apa? Justin Bieber
Aku sedih. Tatkala aku melihat gambar ini. Kenapa Bieber? Kenapa kau pakai rantai watak kegemaran aku dalam Family Guy??????Arghhhhhh!
Oh, by the way. Harga rantai berbentuk Stewie Griffin, watak dalam Family Guy ni bernilai $25000. Bling bling! Nak kenal siapa sebenarnya Stewie? Korang download la Family Guy. Muhahahaha!
Dari: WorldofWonder
p/s: Diingatkan bahawa aku tak minat si JB ni, TQ.
Info Apa: Miniature Cities
Kreativiti manusia tidak terbatas. Walaupun ada sesetengahnya boleh kita katakan gila,membazir dan sebagainya. Tapi kreativiti manusia tetap awesome. Jom tengok karya-karya bertemakan bandar kecil dari seluruh dunia.
Bandar Biskut |
Bandar kecil yang diperbuat daripada biskut dan manisan ini hasil kerja keras artis dari Cina, Song Dong. Ribuan biskut telah digunakan untuk membuat replika bandar termasuklah stadium dan gereja. Replika bandar ini telah dibina di sebuah pasaraya berhampiran London.Setelah replika ini siap, para pengunjung pasaraya tersebut dijemput untuk menjamahnya. Nomnomnom. Hihihi
Bandar Origami |
Bandar origami ini mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan. Wataru Ito, menggunakan kertas, gam kertas,pisau juga penebuk lubang untuk menghasilkan bandar origami ini. Gilo, mau tak pening kepala dia buat benda ni. Phewwww.
Bandar Staples |
Lagi kerja gila,pening kepala,leceh yang dihasilkan oleh Peter Root. Beliau mendirikan bandaraya New York menggunakan staples. Tahu tak apa staples? Alah, ubat stapler tu la. Peter mengambil masa selama 40 jam untuk mendirikan bandar staples ni. Namun, mengambil beberapa saat sahaja untuk musnah,dimusnahkan sendiri oleh Peter menggunakan guli. Guli ke marmar, aku tak pasti. Hahaha
Bandar Pecungkil Gigi |
Ni lagi la gila. 6 juta pencungkil gigi, 170 liter gam, 6 tahun. Ini adalah hasil dari Stan Muro, yang bekerja di Muzium Sains & Teknologi, New York, USA. Aku punya projek buat jambatan dari batang aiskrim pun dah pening dah. Ni nak buat dari pencungkil gigi. Lagi la pening. Hahahaha
Dari: Oddee
Info Apa: Twitter Timeline
View as timeline |
Korang nak tengok timeline kawan korang? Senang sahaja. Pergi ke profile rakan korang tu, lepas tu pilih following. Then akan keluar seperti gambar di atas. Jadi korang hanya perlu pilih "View as timeline"
Timeline rakan anda |
Dah pilih? Jadi akan keluar seperti paparan di atas. Korang boleh cuba sekarang! Hihihi
Dari: Amanz.my
Thursday, May 26, 2011
Gambar Apa? Milky Way
Seperti tagline yang Discovery Channel selalu pakai, the world is just awesome. Ni adalah gambar yang telah diambil oleh photographer Brett Websterr di Taman Negara Arches Utah, USA. Serius lawa. Kalau korang nak tengok langit banyak bintang malam-malam, pastikan keadaan sekeliling korang tak ada lampu. Tepi pantai ke, atas bukit ke. Tapi mungkin tak nampak la macam dalam gambar ni. Hihihi. Enjoy.
Dari: Funzu
Gambar Apa? Superhero Di Rumah
Korang ingat korang tahu apa yang superhero kegemaran korang buat kat rumah? Ni lah kerja diorang yang dalam komik,movie tak tunjuk. Ekekekeke
Dari: Ufunk
Think you got what it takes to be Perodua's BIGGEST fan?? Sing, dance and act all you can to win their grand prize!
Wednesday, May 25, 2011
Gadget Apa? Ultimate Alarm Clock
Bukan senang nak cari duit,tapi lagi susah nak bangun dari tidur. Mana korang pilih? Duit ke tidur? Ehehehe.
Dari: Ufunk
Tuesday, May 24, 2011
Video Apa? Epic Meal Time
Video Apa? Kyle Gets Buckets
Monday, May 23, 2011
Gadget Apa? AnatOnMe
Lepas ni doktor ada gadget yang cool untuk check pesakit mereka. Gadget terbaru dari Microsoft Research ini memancarkan gambarajah ke arah kulit pesakit untuk memudahkan pesakit memahami keadaan mereka. Gambarajah tersebut termasuklah tulang, tisu, tendon juga urat saraf. Best la jadi doktor lepas ni, hihihi.
Dari: DailyMail
Video Apa? Kuda Bisul
Dari: BlogSerius
Subscribe to:
Posts (Atom)