Monday, October 15, 2012

Video Apa: Felix Baumgartner - Red Bull Stratos

Felix Baumgartner, dengan tajaan dari pada Red Bull berjaya memecah rekod dunia dengan lompatan dari ketinggian 128,100 kaki bersamaan dengan 39,045 meter dari muka bumi. Rekod tersebut berjaya dipecahkan selepas 65 tahun.

Felix, berusia 43 tahun dari Austria melakukan terjunan tersebut dengan mencecah kelajuan sehingga 1,342.8 km/j melalui stratosphera sebelum dinyalajukan oleh atmosphera. Terjunan Felix disiarkan secara langsung di Youtube, dan Youtube melaporkan seramai 8 juta penonton di seluruh dunia melihat secara langsung terjunan tersebut.

Tahniah Felix!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...