Friday, October 7, 2011

Info Apa: Gemosolar Power Plant

Di Toressol, Sepanyol, terdapat sebuah stesen janakuasa solar boleh menjana tenaga di waktu malam. Stesen janakuasa yang bernilai £260 juta ini direka untuk beroperasi di waktu malam dan boleh menyimpan tenaga untuk menggerakkan turbin sehingga 15 jam tanpa memerlukan cahaya dari matahari.

Stesen ini terdiri daripada sebuah menara yang mempunyai sebuah "bulb" dan dikelilingi oleh 2600 cermin. Terletak di Seville, antara tempat yang terpanas di Eropah. Stesen Gemosolar dilengkapi dengan relau solar, yang menggunakan cermin untuk meningkatkan konsentrasi haba ke atas 2 buah tangki yang mempunyai garam di dalamnya.



Relau ini akan mencairkan garam dengan suhu sehingga 900 celcius dan akan digunakan untuk memanaskan air disekeliling tangki tersebut untuk menggerakkan turbin yang nanti akan menjana tenaga. Jenis garam yang digunakan adalah potassium nitrate dan juga sodium nitrate, dan garam ini dibiarkan dalam bentuk cecair.



Stesen ini berkeluasan 185 hektar dan uniknya, Gemasolar sahaja mempunyai kemampuan dan kapasiti sebagai sebuah stesen janakuasa solar di dunia yang boleh menjana kuasa 24 jam tanpa henti.

Dari: DailyMailDailyMail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...