Thursday, September 22, 2011

Info Apa: Facebook Timeline

Hari ini dari f8 Conference di California, Facebook telah memperkenalkan news feed terbaru daripada mereka iaitu Facebook Timeline. Melalui Timeline, korang boleh berkongsi gambar, cerita, dan apps dari Facebook dengan cara yang lebih menarik dan interaktif.



Dengan Timeline, korang boleh berkongsi lagu apa yang korang dengar, movie apa yang korang tengok, berita apa yang korang baca pada hari ini,lebih hebat sekali, dengan app Nike+, korang boleh tahu berapa jauh rakan korang jogging setiap hari. Hohoho.

Timeline akan diperkenalkan kepada semua pengguna Facebook tidak lama lagi secara berperingkat dalam beberapa minggu lagi. Namun begitu, mungkin ada beberapa apps Facebook tidak dapat digunakan di Malaysia seperti Netflix, Spotify dan sebagainya.



Jadi, korang berminat nak menukar profile Facebook korang ke Timeline? Korang boleh pergi ke page Timeline di Facebook dan klik pada butang Sign Me Up pada bahagian kanan bawah page tersebut. Sama-sama kita tunggu macam mana rupa profile Timeline dari Facebook. Untuk bacaan lanjut dan mendapat lebih info mengenai Timeline, korang boleh rujuk di blog Facebook dan lihat sendiri di page Timeline.

Dari: The Facebook Blog, CNeT, Amanz.my

1 comment:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=7c3LkMLbV34&feature=player_embedded

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...