Tuesday, January 31, 2012

Friday, January 27, 2012

Video Apa: Surprise Dance Finnair

Baru beberapa hari lepas aku post flash mob Malaysia Airlines. Sekarang aku nak share video Finnair, sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Finland meraikan Hari Republik India. Sangat unik.

Gambar Apa: Facebook & Twitter For Senior For Dummies

Mesti korang tahu buku For Dummies. Sekarang ada dijual buku Facebook & Twitter untuk warga tua. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah. Tak percaya jugak? Pegi Amazon.com tengok, nak beli pun boleh. Ada lagi stok. Ekekekekeke.


Dari: Amazon.com

Thursday, January 26, 2012

Berita Apa: Kamal Ashnawi

Kenal Kamal Ashnawi? Mesti korang tak kenal kan? Muehehehehe. Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia bernama Kamal Ashnawi,mendakwa dirinya adalah trillionaire. Cerita ni mengingatkan aku dengan mamat Lubnan, Elie Youssef Najim yang mengaku dirinya billionaire.



Kamal, ketua pegawai eksekutif Sierra Petroleum Sdn. Bhd. mendakwa beliau mempunyai wang simpanan sebanyak lebih 5 trillion euro melalui penyata bank HSBC. Mak oi, lebih kaya dari Bill Gates mamat nie. Bill Gates pun ada aset sebanyak RM170 billion. Mamat ni pulak ada cash 5 trillion euro.

Menurut Kamal, beliau berwarganegara Belanda dan lahir di Perak. Beliau juga mengatakan bahawa beliau adalah berketurunan maharaja China dan juga India, Siam dan juga Jawa. Kamal juga memberitahu bahawa beliau pernah dibawa ke Kunming, China untuk melihat harta karun yang ditinggalkan oleh maharaja China, dijaga oleh pasangan tua yang didakwa oleh Kamal hidup kekal abadi. Hoyeahhhhh.

Malaslah aku nak cerita panjang-panjang. Korang baca sendiri kat Utusan, The Star, tak pun Global Post. Aku pun tak pasti cerita dia ni betul ke tidak.

Dari: Utusan, The Star, Global Post, Sierra Petroleum

Gambar Apa: Putin Beating Up Kids

Putin adalah seorang presiden yang cool. Obama pun tak se"cool" dia. Tapi Putin sangat suka membuli budak-budak. Tak percaya? Tengok gambar ni. Trolololololol.










Dari: Buzzfeed

Wednesday, January 25, 2012

Gambar Apa: Ombak Rindu

Harris & Izzah sedih. Aku pun sedih. Uhuhuhuhu :p


Thanks Emi 4 da tip.

Gambar Apa: Amazing Optical Trick

Sila ikut arahan dibawah:

1. Sila tumpukan pandangan korang pada bintik merah yang berada di hidung awek ni selama 30 saat.
2. Alihkan pandangan korang pada plain surface seperti dinding, siling, dsb.
3. Celikkan mata anda dengan cepat dan pantas.
4. Awesome!


Dari: Buzzfeed

Tuesday, January 24, 2012

Video Apa: Bohemian Rhapsody by Richie

Dulu aku ada share video dari Porkkaplayboy. Tapi kali ni Bohemian Rhapsody dari Richie Castellano lebih awesome. Semua instrumen dalam lagu ni dia sorang je yang main. Thumbs up.

Video Apa: It's Time to Tab Parody

Bengong sungguh. Korang tengok la sendiri. Hihihi. Yang bawah adalah video original dari Samsung. Aduiiii, hihihi.




Video Apa: Chinese Boy With Cat Eyes

Yeahh, sempena dengan Tahun Baru Cina, jom tengok video budak di China yang mempunyai mata seperti kucing. Thank you redditors sebab share video ni.

Video Apa: Megan Fox Island

Memang LOL! Ahahahaha. Jadi adik-adik,kalau nak tinggal kat pulau penuh dengan Megan Fox, kena power cakap English ya?

Video Apa: Dirtbiking on Mountain Top

Hishhhh, gila la. Aku tengok video ni pun dah cuak. Brrrrrr..

Video Apa: Malaysia Airlines Flash Mob

Masa aku baca Malaysiakini, aku perasan ada video diorang letak dalam website diorang. Rupa-rupanya video flash mob Malaysia Airlines kat KLIA. Hohoho.

Video Apa: Meme Proposal

Korang mesti selalu tengok meme dalam 9GAG, reddit kan? So,kali ni mamat bernama Timothy ni buat proposal dengan awek dia menggunakan meme. Like a boss! BTW, Timothy adalah co-founder Nuffnang. So, bos. Lepas kahwin bagi la lebih sikit pay-per-click. Ekekekekeke

Gambar Apa: Realistic Origami

Brian Chan, seorang pelajar dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), yes MIT, sangat-sangat power dalam membuat origami. Korang tak percaya? Sila tengok gambar kat bawah ni. Sangat-sangat realistik.







Kalau korang nak tengok apa lagi mamat ni buat,korang boleh tengok sendiri di website MIT.

Info Apa: Geeks Vs. Nerds

Ok, jadi sekarang dalam golongan mana? Geek or Nerds? Ekekekeke.


Dari: dvice

Monday, January 23, 2012

Video Apa: Liquid Nitrogen Explode

Sila jangan cuba di rumah, kepada yang menggunakan earphone, headphone atau yang sama waktu dengannya, sila tanggalkan dahulu sebelum menonton video ini.



Video Apa: Household Beat

Serius kreatif. Dihasilkan oleh Andrew Shum dengan menggunakan 10 jenis alatan yang terdapat di rumah kita. Selamat menonton.

Sunday, January 22, 2012

Video Apa: Nokia Ringtone

Di Slovakia,seorang pemain violin terganggu oleh ringtone Nokia yang selalu kita dengar. Like a boss! *thumbs up

Thursday, January 19, 2012

Video Apa: The Bark Side

Tahun lepas, Volkswagen menyiarkan iklan bertemakan Star Wars seperti yang aku share dalam post ni. Tak sangka tahun ni ada lagi. Kali ni, dengan menggunakan anjing. Serius LOL!

Wednesday, January 18, 2012

Gadget Apa: Sony Xperia S

Pemerhati gajet antarabangsa semestinya menantikan kehadiran gajet-gajet terbaru dari pengeluar gajet dunia.



Baru-baru ini, Sony telah mengumumkan di CES 2012 yang berlangsung di Las Vegas, USA gajet terbaru dari siri Xperia iaitu Xperia S, yang melalui kod namanya dikenali sebagai Xperia Icon. Namun begitu masih tidak banyak yang diketahui mengenai Xperia S. Berikut adalah spesifikasi Xperia S;



Processor: 1.5 GHz dual-core
Memory: 1GB RAM
Skrin: 4.3 inci, 1280 x 720 pixels HD
Simpanan: 16GB & 32 GB
Kamera: 12 megapixels
Kamera Hadapan: 1.3 megapixels
OS: Android 2.3, kemaskini Android 4.0 pada suku ke-4 2012



Spesifikasi lain adalah;

i. NFC support
ii. Playstation Certified



Melalui press release Sony, Xperia S akan menemui pasaran di seluruh dunia pada suku ke-4 2012. Tetapi kali ini Sony mengumumkan gajet ini tanpa menggunakan nama Sony Ericsson. Hmmmmm, sebab apa ya? Kepada peminat Android dan Sony, sama-sama kita nantikan kedatangan smartphone terbaru ini. Pastinya akan ada kelainan yang akan dibawakan semasa pelancarannya kelak.

Dari: Engadget

Gadget Apa: Nissan Scratch Shield

Ya, ini bukan tipu. Ini betul-betul punya barang.

Pembuat kereta idaman para jejaka, Skyline GT-R, Fairlady 370Z, membuat casing khas untuk pengguna iPhone 4 & 4S. Casing ini akan menggunakan sejenis cat yang biasa digunakan pada model kereta Nissan dan juga Infiniti di mana cat ini yang mempunyai bahan polyrotaxane, akan membaiki secara sendirinya sebarang goresan(scratch) pada casing tersebut.



Nissan memberitahu goresan yang kecil boleh dibaiki dalam masa sejam, namun begitu untuk goresan yang teruk, mungkin akan mengambil masa selama satu minggu. NTT DoCoMo, syarikat telco yang berpangkalan di Jepun telah pun diberi kebenaran oleh pihak Nissan untuk menggunakan cat tersebut dimana penggunaannya terhad di Jepun sahaja.



Nissan menyasarkan untuk menjual casing iPhone ini dalam tahun ini dan harganya masih lagi tidak diketahui. Berkemungkinan besar, casing ini lebih mahal ataupun sama harga dengan iPhone. Ohohoho. So, iPhone lovers. Ada berani? Ehehehe.

Dari: Slash Gear

Berita Apa: Roof Riders

Macam mana nak mengatasi masalah penumpang yang tak bayar tiket keretapi? Lepas tu selalu duduk atas keretapi. Senang je, letakkan bebola konkrit di atas laluan keretapi.






Nasib baik masalah ni tak ada di Malaysia. Tetapi pihak berkuasa Indonesia menggunakan langkah drastik ini untuk membendung masalah tersebut. Pelbagai langkah di ambil oleh PT Kereta Api (macam KTM kat Malaysia) untuk mengatasi masalah ini, termasuk lah meletakkan kawat duri di atas keretapi, letak minyak, & mengupah para pemuzik untuk memberi kesedaran mengenai bahaya menumpang di atas keretapi melalui lagu.




Yeah, kat Jepun lain ceritanya. Masa peak hour siap tolak lagi manusia kasi penuh baik punya. Kat Indonesia pulak lain cerita. Macam bahaya pulak diorang buat macam ni, tapi aku rasa diorang gantung apa pun atas railway ni, tak akan menyelesaikan masalah.

Dari: DailyMail

Berita Apa: Priest Outraged

Kisah ini berlaku di Norfolk,UK.

Kes kecurian besi,emas,tembaga bukan sahaja berlaku di Malaysia. Tak terkecuali di UK. Di Norfolk, seorang paderi, Father Denys Lloyd sangat marah apabila sebuah patung tembaga Jesus Christ yang terletak di perkarangan gereja tersebut telah dicuri.


Patung yang berukuran 18 inci itu dipercayai di curi pada malam 6 Januari yang lepas. Patung tersebut menghiasi kubur pengasas gereja berkenaan, Father Walmsley Carter sejak tahun 1939.



Yeahhh, ekonomi di Britain pun semakin meruncing. Buktinya? Orang sanggup curi patung Jesus dan jual kat kedai besi. Di Malaysia pun tak terkecuali. Tabung masjid, penutup lubang kat jalan, besi, semua kena sapu. Ohohoho. Ini krisis di seluruh dunia.

Dari: DailyMail

Sunday, January 15, 2012

Gambar Apa: 6 Minimalist Star Wars Posters

Saya Star Wars geek. Dan poster Star Wars ini sangat ohsem! Poster ini dihasilkan oleh Travis English.







Dari: The Bear Jedi

Video Apa: Drinking 3 Beers With No Hands

Selamat tahun baru 2012. Lama dah aku tak update Blog Apa Tok?. Jadi sekarang aku merasmikan blog aku dengan video mamat minum beer tanpa tangan dalam masa 37 saat. Gilos, tak cam kembung pulak perut dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...