Friday, November 25, 2011

Sarawak Mode: Website UNIMAS Di Hacked

Yeahhh, akibat sik puas hati kalah main bol dengan Malaysia, sebahagian dak Indon tok hacked website UNIMAS. Takorang boleh nangga dikpun di website UNIMAS. Jadi, sapa-sapa boleh tolong report ngan admin UNIMAS untuk baiki balit website sidak. Berkemungkinan besar portal-portal UNIMAS pun di hacked. Sahabat-sahabat UNIMAS boleh ambik langkah berjaga-jaga.



Dari: Amanz.my

Tuesday, November 22, 2011

Video Apa: How The English Language Developed

Ingat lagi gambar yang aku post dulu tentang bahasa English ni gila? Ni pulak video penuh info tentang macam mana bahasa English berkembang. Enjoy!

Gambar Apa: Success

Yeahhhh, bukan mudah untuk berjaya. Motivasi untuk kita pada pagi Rabu ini. Ehehehehe

Video Apa: Flour House

Lihat apa terjadi jika anda tidak menjaga anak-anak anda & anda tidak menyimpan harta benda di tempat yang selamat. Hahahaha. Serius comel.

Monday, November 21, 2011

Video Apa: Siri

Serius lawak. Pergaduhan antara suami isteri menggunakan Siri, sebuah software di dalam iOS 5. Thanks Amanz.my 4 sharing.

Video Apa: Lovely Owl

Lagi video pasal binatang, kali ni burung. Serius comel burung hantu ni. Aku rasa macam tengok cerita Harry Potter la pulak. Hihihi

Video Apa: Oskar The Blind Kitten

Serius aku terharu. Rasa nak nangis pun ada. Mungkin video 3 minit ini boleh menyegarkan kita di pagi Selasa ini. Bersyukur dengan apa yang ada, dan sayangi makhluk yang ada di muka bumi ini.

Gambar Apa: Google +

Ekekekeke, trolling Mark Zuckerberg.


Gambar Apa: So True

Penenang untuk situasi panas malam ini. Hihihi

Video Apa: Police Pepper Spray

Video ini untuk kita lihat bersama. Macam mana tindakan polis di Amerika yang mana negara yang mendabik dada sebagai negara paling demokrasi di dunia. Demonstrasi ini adalah untuk menyatakan sokongan kepada gerakan Occupy, dimana Occupy ini telah berjalan di seluruh dunia dengan slogan "We are the 99%". Tapi point utama aku di sini, adakah kita masih lagi berkiblatkan demokrasi Amerika? Jom tengok komen yang paling banyak like di Youtube.

"I love how so many Americans boast fanatically about their "best democracy in the world" and on the other hand fully support the macing and arrest of anyone who chooses to exercise their democratic right to protest."

Sekadar pandangan.


Sunday, November 20, 2011

Gambar Apa: No Touching The Dog

Hahahahaha! Win!


Dari: Rage Trolling

Gambar Apa: Obama Eating Ice Cream

Yeahhh, Obama memang suka aiskrim. Jom tengok koleksi gambar Obama caught red handed makan aiskrim. Hihihi












Dari: BuzzFeed

Video Apa: Horse & Dog Play Together

Serius comel. Kalau anjing dengan kuda boleh bergurau bersama-sama, apatah lagi kita sesama manuisa.

Gadget Apa: Cotton Candy

Ini bukan cerita pasal makanan.

Sebuah syarikat yang berpangkalan di Norway, berjaya mencipta sebuah komputer sebesar thumb-drive. Thumb-drive ini mempunyai processor Samsung 1.2GHz dual-core seperti yang terdapat di dalam Samsung Galaxy S2, WiFi, Bluetooth, HDMI-out dan juga slot microSD. Thumb-drive ini dinamakan Cotton Candy kerana mempunyai berat 21 gram sahaja. Thumb-drive ini mempunyai kebolehan untuk menukar mana-mana TV, laptop, tablet menjadi Android kerana OS Cotton Candy adalah Android.



Sekiranya korang mencucuk Cotton Candy ke dalam komputer yang mempunyai Windows, ataupun OS X (Apple Mac) ia akan menggerakkan sistem Android di dalam "secure window". Serius, bagi aku inilah gadget yang sangat gilos. Hanya sebesar thumb-drive, boleh dibawa kemana-mana, mempunyai OS sendiri. Paling tak boleh blah ada Bluetooth pulak tu. Hahaha. Jom dengar lagi penjelasan dari CEO syarikat yang menghasilkan Cotton Candy ini, FXI Technologies.








Untuk bacaan lanjut, korang boleh klik link dibawah.

Dari: LAPTOP Mag

Saturday, November 19, 2011

Gambar Apa: The Expendables 2

Korang ingat lagi cerita The Expendables? Tahun depan kita tengok The Expendables 2 (EX2). Kali ni, tambah lagi bintang hardcore filem action iaitu Chuck Norris dan Jean-Claude Van Damme. Hambek!

Dalam The Expendables aku sedikit kecewa sebab part Bruce Willis & Arnold Schwarzenegger sekejap sangat. Jadi aku harap EX2 tak mengecewakan. Nampak dari poster macam gempak. Hihihi





Dari: Joblo

Gambar Apa: Halo Suit

Ini bukan cerita pasal cosplay.

Manusia bila putus cinta, maka akan timbul lah tabiat pelik. Ada yang aku tahu, tak makan tak minum gara-gara putus cinta. Ini lagi pelik. Ceritanya begini. Nama mamat ni Smith. Dia ni gamers & nak kahwin dengan awek dia. So, standard procedure mat saleh diorang nak propose & bagi cincin. Smith ni buat la satu cincin special khas untuk awek dia.

Awek dia ni ada bagitau dengan Smith secara terpeinci cincin yang awek dia nak. Tak sempat nak propose, awek dia mintak putus. Dengan hati yang luluh, Smith pun jual cincin tu kat eBay, bayar hutang & lepas tu dia upah designer untuk buat suit Master Chief dari game Halo. Hohoho. Gilos!

Tak pasti la pulak dia dapat awek baru ke tidak lepas buat suit ni. Ekekekeke




Dari: Short List

Friday, November 18, 2011

Berita Apa: Microsoft Surface

Aku rasa kalau aku sebut Microsoft Surface mesti korang blur. Tapi video tentang Microsoft Surface banyak tersebar di internet 1-2 tahun lalu dan aku rasa korang pun mesti pernah tengok video tu. So, aku nak share dengan korang device yang boleh support Microsoft Surface iaitu Samsung SUR40.



Bagi aku Microsoft Surface ni adalah alat untuk masa depan. Pada masa sekarang, Samsung SUR40 di jual dengan harga $8400 tapi buat masa ini adalah untuk pre-order. Pre-order tersebut sudah dimulakan semalam dan hanya terhad di 23 buah negara sahaja iaitu United States of America, Australia, Austria, Belgium, Canada, Denmark, France, Germany, Hong Kong, India, Ireland, Italy, Korea, Netherlands, Norway, Qatar, Saudi Arabia, Singapore, Spain, Sweden, Switzerland, UAE, dan UK.

Samsung SUR40 ini berukuran 40 inci, dan dijana oleh processor 2.9GHz AMD Athlon X2 dual-core. Selain itu "meja pintar" ini mempunyai berat hampir 46kg. Hohoho.

Microsoft Surface masih lagi di dalam peringkat percubaan. Ia dijana dengan Windows 7 dan yang paling menarik sekali adalah PixelSense. PixelSense membolehkan skrin display membaca dan mengenali jari, tangan dan objek yang diletakkan di atas skrin. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Microsoft Surface, korang boleh Google...opssss Bing sekarang. Hihihi.

Dari: Microsoft Surface, Samsung

Gadget Apa: Food Finish

Ini bukan smartphone atau tablet.

Food Finish ini adalah pewarna makanan tetapi di dalam bentuk botol aerosol. Yeah, macam spray cat biasa. Food Finish ini adalah produk dari The Deli Garage, Hamburg, Germany. Menurut The Deli Garage, spray ni tidak mempunyai rasa dan selamat dimakan. Tapi bernafsu ke orang tengok makanan warna emas? Erkkkkkk.






Dari: The Deli Garage

Gambar Apa: Paper Sculptur

Seni dari kertas. Paper Elegies dari Nick Georgiou dari buku-buku lama, surat khabar, flyers dan kertas-kertas yang lain. Sedikit creepy. Cuak pulak aku tengok gambar kat bawah ni. Hihihihi









Dari: My Human Computer

Video Apa: FedEx Dominoes

Aku ada tengok dak Mythbusters cuba buat dominoes macam ni. Serius susah.

Thursday, November 17, 2011

Gambar Apa: Self Photo

Serius win! Aku rasa gambar ni dah jadi profile picture dia kat Facebook. Tak pun avatar dalam Twitter. Hihihi



Dari: Reddit

Gambar Apa: Your Words

Betul tu, tepat sekali.


Gambar ini dijumpai di dalam Google +, thanks Jeremy Cowart for sharing

Video Apa: Beatbox Vs. Little Girl

Apa jadi bila 2 bakat bergabung menjadi 1. Super cool! Hihihi. Video ni sedang trending di Youtube Russia.

Video Apa: Fred

Fred adalah seekor kucing. Nak tahu dia buat apa dalam video ni? Korang tengok sendiri. Hihihi

Gambar Apa: Lady Gaga's Sperm Hat

Sperm? Yup, nampak macam sperm. Hihihi


Dari: BuzzFeed

Gambar Apa: Popular Website As Magazines

Macam mana kalau Facebook di"majalah"kan?




Dari: BuzzFeed

Video Apa: Hong Kong Synchronized Dance

Awesome! Memang awesome.

Wednesday, November 16, 2011

Gambar Apa: Alien In The Fridge

Betul ke ni gambar makhluk asing?

Di Russia, wanita bernama Marta Yegorovnam menyimpan makhluk asing di dalam peti ais di rumahnya. Nak tahu berapa lama? 2 tahun. Menurut Marta lagi, makhluk ini dijumpai di tempat UFO terhempas pada tahun 2009. Makhluk yang berukuran 2 kaki ini dijumpai di barat Russia pada musim panas 2009. Kalau korang tengok cerita Star Wars, serius alien ni sebijik macam Jabba The Hut.




Dari: DailyMail

Video Apa: Snoopy Party Rock Anthem

Hihihi. Comel + Lawak. Lepas tu tiba-tiba ada Hello Kitty pulak. Hahaha. Jom tengok Snoopy shuffle.

Video Apa: Person of Interest

Rebecca Black datang lagi! Dengan single terbaru nya Person of Interest. Ok, lagu ni lebih sedap di dengar dari lagu Friday dia. Tapi tetap bosan. Hohoho

Tuesday, November 15, 2011

Video Apa: World's Biggest Android Tablet

Yeahhh, apa barang Galaxy Tab. Yang ni baru puas hati punya barang. Hahaha. Sebuah syarikat di Turki membangunkan sebuah TV yang berasaskan Android Honeycomb. 65 inci, processor NVIDIA Tegra 2 dengan 1GB RAM. 16GB flash memory, dual cameras, HDMI, USB port, microSD slot, & 3G + WiFi. Korang tengok je la macam mana mamat ni main game Fruit Slice. Hohoho. Gilos!

Video Apa: Vines

Serius kiut + jalan cerita yang best + music yang sesuai. Tersentuh pulak hati aku tengok video ni. Hihihi

Gadget Apa: BlackBerry Bold 9790 & Curve 9380

Tak sejuk lagi dengan Bold 9900, Torch 9810 & 9850 di pasaran. Hari ini BlackBerry memperkenalkan lagi kedatangan Bold & Curve baru iaitu Bold 9790 & Curve 9380.

BlackBerry Bold 9790

Bold terbaru ini masih lagi mengekalkan rekabentuk elegan walaupun bersaiz kecil. Seperti Bold 9900, Bold 9790 mempunyai skrin sentuh (touch screen) & mengekalkan papan kekunci QWERTY. Seperti yang kita tahu (aku pun baru tahu jugak lepas aku pakai BB kawan aku) QWERTY BlackBerry ni sangat best untuk messaging. Jadi adalah sangat sesuai untuk BBM, texting, dan juga membalas email.

BlackBerry 9790

Spesifikasi lain untuk Bold 9790 adalah:
- skrin 2.44 inci
- 1GHz processor
- 8GB internal memory serta slot microSD sehingga 32 GB
- kamera auto-focus 5 megapixel
- fungsi (Near Field Communication) NFC seperti yang terdapat di dalam Galaxy Nexus & Nexus S

BlackBerry Bold 9790
Paparan skrin untuk Bold 9790


BlackBerry Curve 9380

Curve 9380 akan disertakan dengan OS terbaru dari RIM iaitu BlackBerry OS 7. Curve 9380 tidak mempunyai papan kekunci QWERTY, tetapi sepenuhnya menggunakan skrin sentuh. Spesifikasi lain untuk Curve 9380 adalah:

BlackBerry Curve 9380


- skrin sentuh 3.2 inci
- kamera 5 megapixel dengan flash

Tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi penuh Curve 9380 tetapi Curve ini juga mempunyai fungsi NFC dan juga Augmented Reality yang dibantu oleh kompas digital. Augmented Reality membolehkan pengguna menggunakan app Wikitude dimana app ini membantu pengguna BlackBerry untuk mengetahui perkara di sekeliling mereka. Korang boleh pergi terus ke laman web Wikitude untuk mengetahui lebih lanjut mengenai app ini.



Kedua-dua smartphone ini akan dipasarkan dalam beberapa minggu lagi, namun begitu masih tidak diketahui bilakah gadget ini akan memasuki pasaran Malaysia. So, kepada peminat BlackBerry boleh la tunggu kejap sebelum korang nak beli Curve 9360 & Bold 9900. Hihihi

Monday, November 14, 2011

Video Apa: Catvertising

Apa yang kucing boleh bagi untuk mengembangkan bisnes korang? Hihihi

Sunday, November 13, 2011

Info Apa: Great Man Made River

Muammar Gaddafi telah meninggal dunia. Tetapi dia telah meninggalkan sesuatu yang sangat berharga untuk warga Libya iaitu bekalan air merentasi gurun Sahara. Buku Guinness World Book of Records 2008 telah mengiktiraf projek ini sebagai projek pengairan terbesar di dunia. Menurut laman web GMRA (Great Man Made River Authority) sepanjang 4071 km paip telah dipasang merentas Libya. Projek ini membekalkan 6.0 juta meter padu air ke seluruh Libya.

File:Great Man Made River schematic EN.svg
Gambarajah skematik untuk saluran paip-dari Wikipedia

Projek ini dibahagikan kepada 5 fasa namun begitu setakat ini hanya 3 fasa yang telah siap. Kos untuk projek ini adalah $5.53 billion untuk fasa 1, $8.05 billion untuk fasa 2, dan $6 billion untuk fasa 3.  70% air ini digunakan untuk pembangunan agrikultur.








Fakta menarik:
- penggunaan simen untuk pembinaan paip adalah 7 juta tan
- panjang dawai pre-stress adalah 6 juta km yang mana dapat mengelilingi bumi 280 kali
- 1300 buah telaga yang telah dikorek boleh menampung sebanyak 6.5 juta meter padu air untuk setiap hari

Ada banyak lagi info yang ada di dalam internet yang korang boleh cari pasal projek ni. Serius ini adalah mega projek sehingga Gaddafi sendiri mengatakan ini adalah keajaiban dunia ke-8. Gilos!




Dari: Wikipedia, GMMRA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...