Monday, September 26, 2011

Video Apa: Realism Challenge

Renyukkan kertas,lepas tu lukis balik kertas tu di atas kertas yang lain. Macam cerita Inception. Hahahaha

Video Apa: Fluffy Puppy Vs. Step

Comel gila. Anak anjing ni cuba masuk ke dalam tandas. Cuba punya cuba akhirnya dapat juga. Hihihi.

Saturday, September 24, 2011

Gambar Apa: The Longest Wedding Dress

Di Itali, Elena De Angelis dari kampung Casal di Princice memecah rekod dunia dengan gaun pengantin terpanjang di dunia dengan panjang hampir 3km. Gilos. Panjang sangat tu kak oi.





Dari: DailyMail

Video Apa: Puppy Trying Not to Sleep

Serius comel. Nak ke tak nak tidur ni? Hihihi

Video Apa: Kiambu Fire Drama

Kes ni berlaku di Kenya. Serius aku tak tipu, memang di Kenya. Al-kisah sebuah rumah terbakar. Jadi diorang panggil bomba, tapi bomba pulak buat hal. Last, panggil tentera. Hihihi

Friday, September 23, 2011

Gambar Apa: Daihatsu Mira e:S

Dari Paultan.org, Daihatsu baru sahaja mengeluarkan kereta terbaru mereka iaitu Mira e:S di Jepun. Bulan lepas aku ada jugak post pasal kemungkinan konsep untuk Perodua Viva yang baru. Mungkinkah Mira e:S ini akan masuk ke pasaran Malaysia & menggantikan model Perodua Viva yang ada sekarang? Kita tunggu dan lihat.







Dari: Paultan.org

Thursday, September 22, 2011

Info Apa: Facebook Timeline

Hari ini dari f8 Conference di California, Facebook telah memperkenalkan news feed terbaru daripada mereka iaitu Facebook Timeline. Melalui Timeline, korang boleh berkongsi gambar, cerita, dan apps dari Facebook dengan cara yang lebih menarik dan interaktif.



Dengan Timeline, korang boleh berkongsi lagu apa yang korang dengar, movie apa yang korang tengok, berita apa yang korang baca pada hari ini,lebih hebat sekali, dengan app Nike+, korang boleh tahu berapa jauh rakan korang jogging setiap hari. Hohoho.

Timeline akan diperkenalkan kepada semua pengguna Facebook tidak lama lagi secara berperingkat dalam beberapa minggu lagi. Namun begitu, mungkin ada beberapa apps Facebook tidak dapat digunakan di Malaysia seperti Netflix, Spotify dan sebagainya.



Jadi, korang berminat nak menukar profile Facebook korang ke Timeline? Korang boleh pergi ke page Timeline di Facebook dan klik pada butang Sign Me Up pada bahagian kanan bawah page tersebut. Sama-sama kita tunggu macam mana rupa profile Timeline dari Facebook. Untuk bacaan lanjut dan mendapat lebih info mengenai Timeline, korang boleh rujuk di blog Facebook dan lihat sendiri di page Timeline.

Dari: The Facebook Blog, CNeT, Amanz.my

Video Apa: Queen Extravaganza

Bersempena dengan ulang tahun ke-40 kumpulan Queen, drummer kumpulan tersebut Roger Taylor melancarkan uji bakat dan memberikan mereka peluang untuk menyertai Queen Extravaganza Live Tour kelak. Jadi, ramai la yang submit video untuk menyertai uji bakat ni. Dan yang paling best, mamat ni menyanyikan lagu Somebody to Love (bukan lagu Justin Bieber ok?). Suara sebijik macam Freddie vokalis Queen. Muka pun ada jugak la sikit. Hihihi. Jom layan.



Dari: Queen Extravaganza

Video Apa: What Are Continents?

Benua? Apa itu benua? Berapa banyak benua yang ada atas muka bumi ni? Jeng3
 

Wednesday, September 21, 2011

Video Apa: Like Move Video

Benjamin Jenks hitchhike mengelilingi USA. Apa hitchhike dalam bahasa aku tak tau. Hihihi. Awesome video. Jom layan.

Komik Apa: Facebook New Layout

Hihihi.

Dari: The Oatmeal

Gambar Apa: Hobbit House

Dengan bermodalkan wang sebanyak £3000, chainsaw, tukul & pahat, Simon Dale berjaya membina sebuah rumah yang selesa untuk beliau & keluarganya berteduh. Sekali pandang dari luar, macam rumah kaum Hobbit dalam cerita Lord of The Rings.
 




Dale, membina rumah ini di atas sebuah tanah di mana tuan tanah tersebut bermurah hati memberi kebenaran kepada Dale untuk membina rumah supaya Dale boleh membantunya menjaga tanah tersebut. Dale yang dibantu oleh bapa mertuanya memulakan kerja pembinaan ini dengan memasang rangka rumah tersebut. Seterusnya beliau memasang atap yang dilapiskan dengan jerami & juga plastik.
 








Untuk bahagian dinding pula, Dale menggunakan jerami yang disusun berlapis-lapis dengan batu kemudian disusun lagi dengan batang hazel. Dinding itu kemudiannya ditutup dengan plaster. Rumah ini juga menggunakan kuasa dari panel solar, tandas kompos dan peti sejuk yang disejukkan oleh angin dari asas binaan rumah.











Jadi kepada pencinta alam, korang boleh belajar macam mana nak buat rumah serba jimat ini di website Dale sendiri. Hihihi

Dari: DailyMail

Gadget Apa: HTC Rhyme

Yeahhh, kali ini HTC go feminin. Semalam HTC memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu HTC Rhyme. Rhyme akan dipasarkan di USA pada hujung bulan ini dan menemui Asia juga Eropah pada bulan Oktober.
 

HTC Rhyme datang dengan 3 jenis warna iaitu "clearwater", "hourglass", & "plum". Dijana dengan processor 1GHz single core, 768MB RAM, & skrin 3.7 inci. Smartphone ini juga didatangkan dengan kamera 5 megapixel & LED flash dan mempunyai resolusi 480 x 800.
 

Turut diperkenalkan adalah aksesori tambahan untuk Rhyme iaitu dock dan "HTC Rhyme Charm", sebuah kiub kecil yang akan mengeluarkan cahaya apabila menerima mesej ataupun panggilan telefon.



Dari: HTC, Amanz.my, International Business Times

Berita Apa: World's Smallest Camera

Kamera ini sebesar hujung jari anda, tapi dapat mengambil gambar sehingga 2 megapixel juga boleh merakam video. Pencipta kamera ini, Hammacher Schlememr dari New York memberitahu yang kamera yang mempunyai berat 28 gram ini boleh berfungsi dengan baik seperti kamera lain.

Korang boleh memiliki kamera ni dengan harga $99.95 Kamera ini mengambil gambar dalam bentuk JPEG berresolusi 1600 x 1200 & mempunyai auto focus. Makaih! Ada auto focus tak boleh tahan tu. Hahaha.

Kamera terkecil di dunia dari Hammacher Schlememr.
Dari: DailyMail

Video Apa: Operation Smile

Serius hati aku tersentuh bila tengok video ni.

Tuesday, September 20, 2011

Video Apa: Boat Balls

Ok, korang ada kapal layar. Tinggi kapal korang 80 kaki. Tapi korang kena melintasi sebuah jambatan yang tingginya hanya 65 kaki. Jadi, macam mana korang nak lalu bawah jambatan ni? Jawapannya mudah sahaja. Korang tengok je la video bawah ni. Hihihi. Ni baru extreme engineering.

Monday, September 19, 2011

Video Apa: Tokyo Slo-Mode

Uhhhh! Awesome!

Info Apa: Video Edit on Youtube

Kepada pengguna-pengguna Youtube yang suka sangat upload video, sekarang korang boleh edit video korang terus dari laman Youtube. Dengan Youtube Editor ini, korang boleh rotate video, menstabilkan juga mengurangkan gegaran video, menambah efek juga warna dan kecerahan video. Jadi, kepada sesiapa yang ada video dalam Youtube, korang boleh cuba fungsi terbaru ini. Selamat mencuba!
 
 

Untuk bacaan lanjut, korang boleh layari di Youtube Blog.

Dari: Youtube Blog

Video Apa: Ferrari Enzo Crash

Antara video yang sedang trending di Youtube adalah sebuah kereta Ferrari Enzo yang telah terbabas ke dalam laut ketika menyertai Targa Newfoundland Rally 2011. Production Ferrari Enzo ni tak banyak, cuma ada 399 sahaja kat muka bumi ni. Korang boleh tengok muka driver, Zahir Rana sedikit kecewa bila Ferrari dia ni terbabas. Hohoho.
 

Gambar Apa: 50 cent Concert

Aduiii, sakit perut aku gelak. Hihihi
 

Video Apa: Cows Vs RC Car

Serius lucu. Hihihi. Hiburan sebelum lunch.
 

Sunday, September 18, 2011

Video Apa: The Most Expensive Car Wash

Di Britain, lelaki yang menumpang di rumah kedua ibu bapanya- Gurcharn Sahorta,30 membina sebuah bengkel untuk mencuci kereta juga tempat mencuci kereta termahal di dunia.  Gurcharn membina kariernya sebagai pencuci kereta pada usia muda belianya dengan mencuci kereta jiran beliau dengan percuma.

Sekarang, Gurcharn berjaya membina sebuah pit  yang menyerupai pit Formula 1 dan mengenakan bayaran sehingga £7000 untuk mencuci kereta-kereta mewah. Hambik! 

Gurcharn pernah mencuci Lamborghini Gallardo, Bugatti Veyron juga McLaren F1. Memulakan perniagaan ini sejak 5 tahun lalu, Gurcharn mengelilingi dunia dengan berbekalkan kit beliau iaitu microscope, 100 jenis cecair pencuci, juga pengilat kereta yang bernilai £8200. Gilos!
 
 

Untuk bacaan lanjut, korang boleh baca di Small World, New Service.

Dari: SWSN

Gambar Apa: Responses To Idiotic Graffiti

Sangatlah smart. Hahahaha. Dari mana diorang dapat idea untuk respon balik ni pun aku tak tahu. Korang tengok sendiri la gambar ni, senang cerita. Hihihi











Dari: Happy Place

Video Apa: Wakeskating

Serius awesome. Wakeskating ni berbeza dengan wakeboarding. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang wakeskating, korang google la sendiri. Senang. Hihihihi
 
 

Video Apa: Around The World in 60 Seconds

Video ini diambil daripada International Space Station (ISS) dan disatukan sekali di dalam sebuah video oleh guru sains, James Drake. Drake menggunakan lebih 600 gambar yang boleh diakses secara percuma dan menggabungkannya menjadi sebuah video. Jom tengok kejap.

Video Apa: Axe Cop

Di petang ahad yang malas ni, jom tengok kartun ni sat. Diingatkan bahawa jalan cerita kartun ni dibuat oleh budak berumur 5 tahun. Serius video ni buat aku terkesima. Hihihi
 
 

Saturday, September 17, 2011

Video Apa: The Frustrated Little Shopkeeper

Serius comel. Jom tengok sama-sama telatah Nina apabila ditugaskan untuk menjadi pustakawan dan penjual donut juga terpaksa berurusan dengan pelanggan dalam bahasa Jepun & Inggeris. Enjoy!
 
 

Thanks Salmi 4 da tips

Friday, September 16, 2011

Gambar Apa: History of Window's Blue Screen of Death

Korang pengguna Windows? Aku rasa majoriti pengguna komputer di Malaysia menggunakan Windows. Mesti korang pernah mengalami Blue Screen of Death ni kan? Blue Screen of Death (BSOD) ni biasanya berlaku apabila hardware ataupun drivers di dalam PC Windows mengalami fatal errors yang akan mengakibatkan sistem crash. Jom tengok perubahan pada BSOD Windows dan yang paling menarik sekali adalah BSOD Windows 8. Enjoy!

BSOD pada Windows 1 & Windows 2
BSOD pada Windows 95, 98 dan ME
Ni pulak BSOD Windows 2000
Windows XP, Vista & 7
Tadaaa, yang ni pulak Windows 8. Serius comel
Dari: PCMag

Video Apa: Minivan Overload With 66 Children

Only in China

Tiada apa yang mustahil. Di China, sebuah van yang boleh memuatkan 8 orang penumpang diubah suai dan berjaya memuatkan 66 budak sekolah. Yeahhh, China engineering. Tempat duduk van tersebut dicabut dan ditukarkan dengan tempat duduk kayu. Aku rasa boleh masuk Guinness World Record ni. Hihihi
 

Video Apa: Jedi Kitten

Serius comel. I'm speechless. Hahahaha
 

Gambar Apa: Smuggling Hummingbird

Sila jangan ikut langkah mamat ni menyeludup binatang. Silap hari bulan hilang barang tu kang. Hahaha.


 Dari: BuzzFeed

Video Apa: Flash Mob Haka

Apa barang flash mob menari-nari. Jom tengok ni, flash mob Haka yang berjaya dirakamkan di New Zealand. Hohoho, meremang bulu roma aku tengok video ni. Paling best, tiba-tiba ada pulak polis join sekaki. Ekekeke.

Thursday, September 15, 2011

Video Apa: The Funniest Ride Ever

Serius cam haram. Hahahaha. Korang tengok la sendiri.

Video Apa: LEGO Star Destroyer

Yeahhh, kepada Star Wars geek. Ni khas untuk korang. Kapal Star Destroyer yang dihasilkan dari 43000 keping LEGO yang mempunyai berat 82 kg dan panjang 2.44 meter. Serius detail teruk LEGO ni. Selamat menonton.
  


Untuk melihat gambar Star Destroyer ni, korang boleh tengok di blog iomedes.

Dari: iomedes

Wednesday, September 14, 2011

Video Apa: Contagion

Serius unik & kreatif. Papan billboard menggunakan bakteria. Dari mana diorang dapat idea camni ek?
 

Tuesday, September 13, 2011

Gadget Apa: Samsung Windows 8 Developer PC

Inilah gambar komputer pertama yang menggunakan Windows 8. Dihasilkan oleh Samsung bersempena dengan BUILD khas pembangun dan juga pembekal hardware Windows 8 di Anaheim, California dari 13 hingga 16 September 2011. Hohoho. Serius, memang awesome. Bagi aku la.









Komputer ini terdiri daripada 11.6 inci tablet seberat 2 pound ataupun lebih kurang 900 gram dilengkapkan dengan stand ataupun dock, juga keyboard Bluetooth.







Komputer ini menggunakan processor Intel Core i5, 4GB DDR3 RAM juga 64GB SSD (solid-state drive). Spesifikasi lain untuk komputer ini adalah;


Kamera di bahagian depan & belakang tablet
Resolusi skrin 1366-768
Port USB, HDMI, micro SD, headphone jack












Microsoft mengeluarkan peranti ini sebaik sahaja memperkenalkan Windows 8 kepada peserta yang menghadiri persidangan BUILD ini. Namun begitu, Microsoft juga tidak menyatakan apa-apa mengenai bilakah komputer Samsung ini akan dijual kepada umum.

Jadi,mungkinkah ini era baru pengkomputeran? Jeng jeng jeng. Kita tunggu & lihat sejauh mana Windows 8 mengubah wajah dunia komputer kita.

Dari: PCMag.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...