Wednesday, August 31, 2011

Video Apa: Bully Cat

Ini kes kucing buli kucing. Serius comel. Hihihi.

Video Apa: Freestyle Soccer Tricks

Yeah, raya ke 3. Jom layan kejap video street performer ni. Gilos! Hahaha
 

Tuesday, August 30, 2011

Gambar Apa: Stylo Putin

Yeah, bekas presiden Rusia yang kini dilantik menjadi perdana menteri Rusia Vladimir Putin. Sebelum ni kita dikejutkan dengan gambar macho Putin pergi berburu dalam hutan. Sekarang ni pulak, jadi geng bikers. Hahahaha. Putin adalah bekas KGB iaitu sebuah agensi keselamatan negara ketika Soviet Union. Jom tengok gaya macho PM Rusia ni. Hohoho









Dari: DailyMail

Saturday, August 27, 2011

Gambar Apa: Calabarte Lamp

Calabarte ialah seorang artis dari Poland. Corak yang terdapat pada lampu-lampu ini datang dari Senegal. Jom layan gambar-gambar ni, serius cool.















Dari: Calabarte

Video Apa: Leica Camera

Dulu aku ada post gambar lens kamera brand Leica kena potong dua. Sekarang ni, aku nak share macam mana lens Leica ni dibuat kat kilang. Memang patut pun mahal lens ni. Hohoho. Korang boleh tengok video tu di sini.




Video Apa: Stretching Kitten

Serius comel! Hahahaha.
 

Video Apa: Faster Than Earthquake

Yeah, Twitter lagi laju dari gempa bumi. Hihihi

Friday, August 26, 2011

Video Apa: Dota 2 & Counter-Strike: GO

Yeah, kepada kaki Dota, sama-sama kita nantikan bilakah Dota 2 akan dikeluarkan oleh Valve. Pada 21 Ogos yang lepas di Cologne, Jerman dilangsungkan pertandingan antarabangsa pertama Dota 2 dimana clan yang memenangi perlawanan tersebut adalah clan Na'vi dengan membawa pulang wang tunai sebanyak $ 1 juta. Hohoho. Mesti best Dota 2 ni, tak sabar nak main. Hihihi



Video satu ni pulak versi Counter-Strike terbaru iaitu Counter-Strike: Global Offensive ataupun CS:GO. Bila la aku nak dapat duit ni, nak buat 1 PC khas untuk gaming. Wuwuwuwu



Dari: Blog Dota 2, Amanz.my

Gambar Apa: Rumble Room

Gambar ini di ambil di sebuah gua di Tennessee, USA. Gua ini terletak 350 kaki di bawah tanah dan juga antara gua yang terbesar di USA.



 Dari: DailyMail

Video Apa: The Standoff

Epic battle di antara musuh tradisi. Hihihi.
 

Video Apa: Janmashtami

Di Mumbai, terdapat sambutan agama Hindu Janmashtami. Dalam sambutan ini, terdapat satu pertandingan yang bernama Dahi Handi dimana diorang dikehendaki membuat satu piramid manusia untuk memecahkan sebuah balang tanah liat yang digantung tinggi. Lebih kurang 300 orang tercedera di dalam permainan ini. Teringat aku sukan Botaoshi kat Jepun.

Wednesday, August 24, 2011

Video Apa: Trump's 757

Jom tengok kapal terbang Boeing 757 Donald Trump. Kaya terlajak mamat ni.
 
 

Monday, August 22, 2011

Video Apa: Pasta Fork

Bob Balow menunjukkan penggunaan ciptaan terbaru beliau, pasta fork. Bijak bijak.

Video Apa: Ken Block's Gymkhana 4

Yeahh, Ken Block kembali dengan video terbaru beliau yang diambil di Universal Studio, California. Enjoy!

Thursday, August 18, 2011

Video Apa: Cinta 247

Anda dinasihatkan untuk tidak melihat video ini. Ulang suara, baik korang tutup tab ni sebelum terlambat. Bulan puasa ni tak baik kutuk-kutuk orang. Hihihi

Tuesday, August 16, 2011

Berita Apa: Apple's New HQ

Lagi berita teknologi. Hihihi. Apple mengumumkan headquarters terbaru mereka yang terletak di Cupertino, California. Apple Campus 2 ini dijangka siap pada tahun 2015 dan mempunyai rekabentuk seperti piring terbang dan mempunyai keluasan 175 ekar dan boleh memuatkan sehingga 13000 kakitangan.





Apple Campus 2 ini juga dilengkapi dengan auditorium yang mempunyai 1000 kerusi, gim dan juga ruangan untuk kajian seluas 30000 kaki persegi. Hohoho. Gilos. Pejabat terbaru Apple ini juga mempunyai ruang letak kereta bawah tanah supaya 80 peratus kawasan pejabat ini dapat dimuatkan dengan pokok.



Apa yang menariknya, pejabat Apple ini juga dilengkapi dengan penjana eletrik mereka sendiri. Eletrik dari pembekal tempatan hanya akan digunakan pada masa tertentu sahaja. Gila la Steve Jobs. Hahaha. Pejabat Apple yang ada sekarang hanya boleh menempatkan 2600 orang tenaga pekerja dan 9000 lagi ditempatkan di bangunan yang disewa oleh Apple. Go go Apple! Hahaha

 Dari: DailyMail

Berita Apa: Commercial Space Station

Orbital Technologies, sebuah firma dari Rusia menyiarkan pelan mereka untuk membina hotel di angkasa. Hoyeahh, hotel kat angkasa lepas. Nak tahu berapa kos untuk 5 hari berada dalam hotel ni? £100000. Hihihi. Firma ni menyasarkan kumpulan seperti orang-orang kaya yang nak pergi angkasa lepas, ataupun syarikat swasta yang berminat untuk melakukan kajian di hotel diorang ni. Laporan Dailymail mengatakan, baru 500 orang sahaja yang pergi ke angkasa lepas.





beritaMenurut Sergei Kostenko, ketua eksekutif Orbital mengatakan hotel ini lebih selesa daripada International Space Station (ISS). Yelah, nama dah hotel kan? Hotel ini boleh memuatkan 7 orang pengunjung, dengan keluasan 706 kaki persegi dan pengunjung boleh menikmati keindahan angkasa lepas dengan tingkap yang besar lagi luas. Hihihi. Tengok puas-puas sampai muntah pun boleh. Pengunjung juga boleh memilih nak katil menegak ke katil melintang.





Hotel yang bernama Commercial Space Station ataupun CSS, akan dibina 217 batu di atas bumi dan hanya boleh di akses oleh roket Soyuz. Untuk makanan pula mengikut selera pengunjung, malahan diorang boleh tolong upah chef ternama untuk menyediakan makanan sebelum berlepas ke angkasa lepas. Kostenko menambah lagi, berkemungkinan CSS ini akan siap pada tahun 2016. Jauh lebih awal daripada Richard Branson, bos Virgin. Orbital Technologies ini juga adalah affiliate kepada RSC Energia, kontraktor utama Rusia untuk ISS. Lepas ni ada la tagline baru, "Now everybody can go to space". Hihihi

 Dari: DailyMail

Monday, August 15, 2011

Gambar Apa: Ashton Kutcher Villa

Ini bukan sebarang villa. Ini villa di atas roda. Chewah. Trailer yang bernama "The Heat" ni berharga $2 juta, panjang 53 kaki dan mempunyai berat 30 tan. Siapa yang tinggal dalam ni? Ashton Kutcher. Trailer ni disewakan kepada Ashton Kutcher dengan harga $ 8750 seminggu. Hohoho.






 Apa yang ada dalam The Heat ni? 7 biji TV Plasma 3D berukuran 60 inci, 2 bilik mandi, dapur dan ruang untuk bersidang. Antara penyewa The Heat ni adalah Mariah Carey, Vin Diesel & Sharon Stone. The Heat juga dilengkapi dengan video keselamatan 360 darjah.



Apa yang menarik tentang The Heat? Bila ada pelawat datang menekan butang loceng, kelantangan sistem stereo & TV akan mengurang dengan sendiri & wajah pelawat tersebut akan keluar di setiap skrin. Malah, ada penyewa yang meminta agar master bedroom di lengkapi dengan thumb scanner. Hohoho. Gilos.


The Heat ini direka oleh Ron Anderson. Selain The Heat, ada tiga lagi model villa beroda yang boleh disewa; Baby Girl, Studio One & Aspen. Anderson juga telah menjual 9 villa beroda ni dengan harga $2 juta. Gilos! 

Dari: DailyMail

Saturday, August 13, 2011

Gambar Apa: Room In A Box

Percaya atau tidak, kotak yang berukuran 120cm X 90cm ini dapat memuatkan perabot yang diperlukan di dalam sebuah bilik? Jeng jeng jeng. Hahaha.

Room in a Box Photo

Sebuah syarikat perabot dari Jerman, Casulo berjaya mencipta sebuah kotak di mana dapat memuatkan perabot seperti, katil, meja, kerusi, kabinet fail, almari, katil, 2 buah bangku juga sebuah rak buku.

Room In A Box Compact

Casulo Room In A Box

Unboxing Room In A Box

Room In A Box Picture

Shelves and Desk Room In A Box

Casulo Chair and Office Furniture

Room In A Box

Room in A Box Photograph

Unpacking Room In A Box

Casulo Room Box Pictures

Completed Room In A Box

Room In A Box Bed Mattress Office Shelves Picture

Dari: All That Is Interesting
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...