Sunday, July 31, 2011

Berita Apa: Albino Catfish

Chris Grimmer, dari Sheffield berjaya mendaratkan ikan keli albino di Sungai Ebro,Sepanyol lantas berjaya memecahkan rekod sebelumnya oleh seorang wanita, Shiela Penfold pada tahun lepas. Ikan keli albino ini berukuran hampir 2.5 meter dan mempunyai berat hampir 88 kilogram. Chris mengambil masa hampir 30 minit untuk menewaskan gergasi albino ini kemudiannya ikan ini dilepaskan kembali ke habibat asalnya. Nice big fish. Albino pulak tu. Hohoho



Dari: DailyMail

Wednesday, July 27, 2011

Video Apa? Dog Jump Fail

Kesian anjing ni. Tak lepas nak lompat . Lagu pulak tak boleh blah. Hahahaha

Komik Apa: Wizard Vs. Muggle

Sangat-sangat betul. Hahahaha


Video Apa? Porcelain Unicorn

Video Apa? Street Cup Stacking

Awesome! Hahaha!

Gambar Apa? Japan Cloning

Ingat lagi pasal 3D printer yang aku post dulu? Apa kaitan pulak 3D printing dengan cloning? Sebenarnya tak ada kaitan pun. Hihihi. Di Akihabara Jepun, ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan cloning dengan mencipta patung yang mempunyai paras muka seperti anda dengan menggunakan teknologi 3D printing. Jom tengok sedikit hasil laporan dari otaku terkenal, Danny Choo.


Berapa harga yang perlu dibayar untuk perkhidmatan ini? Sekurang-kurangnya $1800. Hohoho. Tak hingin aku. Baik aku ambik gambar tampal kat anak patung. Lagi Murah. Hihihi.

Proses pertama yang perlu dilakukan ialah pengambilan gambar dari pelbagai sudut. Atas, kiri, kanan, depan dan belakang.


Gambar ini kemudian di analisis kemudian dengan menggunakan software Autodesk, 3D model dihasilkan dari analisa tersebut.


Setelah semua data mencukupi, clone tersebut akan di cetak menggunakan ZPrinter 650.


Seperti yang kita lihat dalam video sebelum ini, model dicetak di atas plaster.


Kemudian proses pembuangan lebihan plaster menggunakan air jet.


Ini pulak adalah antara hasil pengklonan tadi. Hohoho. Meremang bulu roma aku tengok patung ni. Serius




Beberapa hari kemudian, clon Danny Choo telah siap. Bravo!


p/s: Serius aku rasa macam geek gila bila buat post ni. Macam aku ni otaku pulak. Hohoho

Dari: Danny Choo

Tuesday, July 26, 2011

Gambar Apa? Arctic Creatures

Sedangkan hutan kita belum habis teroka, apatah lagi lautan. Gambar-gambar ini diambil di laut Putih berdekatan dengan kawasan Artik Rusia dengan kedalaman hampir 40 meter. Kebanyakan organisma ini lut cahaya. Ciri unik yang terdapat pada organisma yang tinggal di laut dalam ini adalah untuk mengelak dari pemangsa ataupun untuk menjadi pemangsa

















Dari: DailyMail

Video Apa? Anwar Hadi & Aiman Azlan

Jom tengok sebentar video collaboration dari Anwar Hadi & Aiman Azlan khusus untuk penganut agama Islam. Menarik menarik. Selamat menonton! Thanks Mat Duang 4 sharing.

Ni versi English


Ni pulak versi Melayu.

Info Apa: Otak Anda

Jom baca sedikit info menarik tentang otak kita.



Dari: OnlineSchools.org

Video Apa? Big Beat Harry Potter

Best gila trailer ni, macam cerita Harry Potter bukan cerita Harry Potter. Dari trailer ni macam cerita lucu awal remaja. Hihihi.Faham tak korang? Tak faham tak apa lah, tengok je la video ni. Hihihi

Video Apa? The MP3 Experiment

Hahaha. Mula-mula rasa macam awkward. Tapi lepas tu happening. Misi daripada Improv Everywhere.



Dari: Improv Everywhere

Monday, July 25, 2011

Info Apa: Facebook Vs. Google +

Info ni aku dapat dari Amanz.my. Siapa yang menang? Aku pun tak tahu. Hihihi

via Amanz.my

Video Apa? Emma Watson Troll Face

Emma Watson buat mimik muka trolling dalam video ni. Tapi takda la dia disuruh buat mimik muka macam ni, kesian Emma. Hihihi



Video Apa? Wall-E

DJ Sures dari Kanada berjaya menghasilkan robot Wall-E. Ingat lagi tak Wall-E? Cerita pasal robot dari Disney? Perform gila DJ ni dapat buat robot. Simple tapi bagi aku hebat. Hihihi



Dari: Engadget

Video Apa? Justin & Jeremy

Kembar yang comel. Hahaha. Teringat aku masa aku & member aku main Wii kat Hatten Square, Melaka. Hihihi


Sunday, July 24, 2011

Berita Apa: Family Pet

Yeahh, berita hari ini mengenai haiwan peliharaan. Kalau kita di Malaysia standard haiwan peliharaan kucing, anjing, hamster, ikan, sugar glider, ular & macam-macam lagi lah. Di UK, mungkin ada yang pelihara bab..ehem, khinzir. Tapi ni bukan sebarang punya khinzir, baeekkk punya. Jom berkenalan dengan Cesira, khinzir yang beratnya hampir 89 kilogram. Wahahaha.

Happy nya muka Cesira
Gemuk teruk nya khinzir ni. Hahahaa. Nak tahu pemakanan dia Cesira ni pulak? 3kg buah & sayuran juga aiskrim, manisan & biskut. Ceritanya, khinzir ini diternak untuk dagingnya tapi keluarga Squicciarini ni jatuh cinta melihat kecomelan Cesira lalu diambil menjadi binatang peliharaan. Tapi serius khinzir ni gemuk lagi besar. Gilos.

Cesira ketika baru diambil menjadi binatang peliharaan




Dari: DailyMail

Video Apa? I Don't!

Budak lelaki ni menangis sebab budak perempuan ni nak ajak kahwin. Serius lucu. Hihihi.

Komik Apa: Intellectual Freedom

Hihihi.


Dari: PHD Comics

Saturday, July 23, 2011

Gambar Apa? Harry Potter Anime

Apa jadi kalau Harry Potter di"anime"kan?

Info Apa: Bloodstain Analysis

Yeah, jom jadi CSI kejap (lama dah aku tak tengok CSI). Apa kegunaan kesan darah yang berada di tempat kejadian? Jom baca.

Bloody Mess
Infografik bloodstain pattern analysis

Dari: Forensic Nursing

Friday, July 22, 2011

Video Apa? Blob World Record

17meter. Hohoho. Tinggi tu


Info Apa: Space Shuttle

Semalam, setelah mendaratnya kapal angkasa Atlantis di pusat angkasa Kennedy di Florida, USA maka tamatlah Space Transportation System (STS) NASA. Kerana polisi baru pentadbiran Barack Obama, kerajaan USA terpaksa menghentikan STS dan menswastakan program pengangkutan angkasa. Buat masa ini, NASA akan menggunakan Soyuz milik Russia untuk menghantar angkasawan.

Gambar Atlantis memasuki atmosfera dari bumi
Atlantis ketika memasuki atmosfera bumi

Sepanjang penggunaan STS, terdapat lima shuttle atau kapal angkasa digunakan dan 2 daripadanya terlibat di dalam kemalangan; Columbia, Challenger, Discovery, Atlantis & Endeavour.  Seperti mana sistem pengangkutan yang lain, STS juga tidak terlepas daripada kemalangan. Kemalangan yang pertama pada tahun 1986, dimana kapal angkasa Challanger meletup 73 saat selepas berlepas. Kemalangan yang pertama ini mengorbankan 7 nyawa. Untuk bacaan lanjut korang boleh klik di sini.

Space shuttle picture: The plume from the destruction of Challenger
Tragedi pada tahun 1981
Tragedi yang kedua pada tahun 2003, kapal angkasa Columbia juga meletup ketika cuba mendarat juga mengorbankan 7 nyawa. Bacaan lanjut boleh klik di sini.

Serpihan kapal angkasa Columbia ketika memasuki bumi
Seperti mana yang kita tahu, shuttle tidak mempunyai sebarang enjin dan dikawal hanya menggunakan sayapnya sahaja. Kegunaan kapal angkasa ini adalah untuk membawa barangan & angkasawan ke orbit ataupun ke ISS (International Space Station) & juga misi servis.



Kapal angkasa Atlantis disimpan selepas penerbangan terakhir semalam
Jumlah keseluruhan STS adalah 135 penerbangan dimana penerbangan pertama pada 12 April 1981. Dalam entri kali ini, aku kepilkan sekali gambar-gambar terakhir perkhidmatan STS. Di bawah ada disertakan sekali video mengenai STS sepanjang 30 tahun perkhidmatan mereka pada NASA & juga infografik mengenai shuttle.

Infografik shuttle
Atlantis selamat mendarat malam semalam
Krew kapal angkasa Atlantis, dari kiri: Rex Walheim, Sandy Magnus, Doug Hurley, Chris Ferguson



Dari: DailyMail, WikipediaNASA, National Geographic

Video Apa? Angry Grandpa

Jom tengok reaksi Angry Grandpa bila tengok video klip terbaru Rebecca Black. Warning, strong language. Hihihi. Korang boleh tengok lagi video Angry Grandpa di channel Youtube mereka.


Video Apa? Dancing Squid

Yeahh, sotong ni menari tapi bukan dalam akuarium tapi dalam mangkuk. Gilos. Nak tak korang makan? Nyum nyum. Hihihi


Video Apa? Emergency Landing

Epic landing, hihihi.


Gambar Apa? Nama Bernilai $ 22 Billion

Korang ada $ 22 billion? Nak tak korang tulis nama korang sampai pakai Google Earth pun boleh nampak? Inilah hasil kerja Syeikh Hamad dari Abu Dhabi. Nama dia ni berukuran 3 kilometer lebar & 1 kilometer tinggi. Kos? $ 22 billion. Tak percaya? Cuba sendiri kat Google Maps.



Dari: Business Insider

Thursday, July 21, 2011

Gambar Apa? Mario vs. Pacman

Animasi dalam format .GIF. Kreatif


Wednesday, July 20, 2011

Berita Apa: £3B Yacht

Yeahhhh, ada seorang bisnesman dari Malaysia beli yacht ataupun kapal layar bernilai £ 3 billion. Hohoho. Gilos! Roman Abramovich pun kalah dengan mamat ni. Kapal layar Abramovich baru bernilai £ 300 juta.



Kapal ni disaluti dengan emas di beberapa bahagian- deck kapal, ruang makan, rails, sauh. Dinding kapal ini dibuat dari tulang T-Rex dan juga batu meteor. Kapal yang bernama History Supreme mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan & dihasilkan oleh Stuart Hughes, seorang penjual barang kemas yang berpangkalan di Liverpool. Stuart juga ada menghasilkan iPhone 4 yang bernilai £ 5 juta. Gilos



Siapa la agak-agaknya bisnesman ni ya. Tak sangka pulak dapat beli kapal layar sampai  £ 3 billion. Gilos!





Dari: DailyMail

Video Apa? Dirt Evil

Aku ingatkan trailer iklan filem ke, filem pendek ke, hampeh tol. Hahahaha. Cuba korang teka iklan apa ni.

Gambar Apa? Cee Lo Green

Kenal Cee Lo Green? Tak kenal? Cee Lo Green adalah bekas vokalis duo Gnarls Barkley popular dengan lagu Crazy. Top hit Cee Lo Green sekarang adalah Forget You. Fesyen mamat ni pun boleh tahan gak. Jom tengok sikit.















Apa korang ingat Gaddafi seorang je yang boleh pakai baju fesyen pelik? Ekekekeke

DarI: BuzzFeed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...