Saturday, April 30, 2011

Apa? iPad 2 Malaysia ?

Jumaat lepas, iPad 2 telah dijual secara rasminya di Malaysia. Dealer barangan Apple Malaysia, Machines telah diserbu oleh peminat gajet Apple di Sunway Piramid juga di Mid Valley. Dilaporkan oleh Jin, DJ Hitz.fm di website beliau ada yang sanggup bermalam di Sunway Piramid seawal pukul 10 malam. 


Stok iPad 2 telah habis seawal pukul 1 petang. Hohoho. Mesti frust menonggeng kalo dah queue panjang-panjang lepas tu tak dapat beli. Berikut adalah harga untuk iPad 2 dari Machines;

iPad 2 dengan WiFi                 iPad 2 dengan WiFi + 3G
16GB - RM1499                      16GB - RM1899
32GB - RM1799                      32GB - RM2199
64GB - RM2099                      64GB - RM2499




Ni pulak perbandingan harga iPad 2 di seluruh dunia yang aku ambik dari SoyaCincau. Quite cheap eh Malaysia punya pricing? 


So, nak beli kat luar ke beli kat Malaysia? Hahahaha.

Dari: MyNameIsJin, SoyaCincau, MSNNews, Machines

Apa? Puting Beliung di Amerika ?

Beberapa gambar dan video malapetaka puting beliung di Alabama, Amerika Syarikat. Gambar-gambar ini disiarkan di Picasa oleh Google dengan kerjasama GEoEye. Manakala video di bawah, dipercayai dirakamkan paling hampir dengan puting beliung tersebut. Puting beliung ini melanda Tuscaloosa, Alabama pada 27 April yang lepas & setakat ini jumlah kematian adalah 249 orang. Kita sama-sama doakan agar rakyat Amerika sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan ini. Peace!

















Dari: GoogleLatLong, Picasa, DailyMail

Apa? Xīngqí wǔ ?

Ingat lagi Rebecca Black? Yang telah mempengaruhi minda bawah sedar anda dengan lagu Friday nya. Hahaha. Sekarang, aku nak share lagu Friday dalam Mandarin. Betol ke Mandarin ni? Hahahaha

Gadget Apa? Stapler + Stamp = Stampler ?

Stampler? Gadget terbaru dari SuckUK. Dari website diorang, stampler adalah alat untuk mengepilkan sekali helaian kertas juga untuk mengecop kertas tersebut. Hahaha. Panjang tol takrif stampler nih. Korang nak beli? Boleh takdak hal punya. Stampler ni berharga £12 sahaja. Kalau korang nak beli la. Hihihi




Dari: SuckUK

Apa? The Coca Cola Friendship Machine ?

Konsep vending machine terbaru dari Coca-Cola. Anda boleh membeli 2 Coke dengan harga 1 Coke. Nice concept. Bila nak sampai Malaysia ye? Ohohoho

Friday, April 29, 2011

Apa? All India Radio ?

Video & musik terbaru dari All India Radio. Video ini mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan. All India Radio adalah band dari Australia. Apa-apa pun, video stop motion ni memang cool. Enjoy!



Untuk kenal lagi siapa All India Radio & siapa pembikin video ini, korang boleh check link kat bawah. Ada banyak lagi video cool dari pembikin video ni, Oh Yeah Wow.

Dari: AllIndiaRadio, OhYeahWow

Apa? Royal Kiss ?

Rakyat jajahan British menyambut gembira apabila pewaris takhta, Prince William menamatkan zaman bujangnya beberapa jam sebelum ini. Confirm korang pun ada tengok jugak kan tadi? Ada disiarkan secara langsung oleh Youtube di The Royal Channel. Aku tengok kejap,sebab dah bosan study. Carian yang semakin meningkat di internet sekarang adalah royal kiss. Tapi, tak semua suka royal kiss ni. Tak percaya? Tengok gambar bawah ni. Hahahaha. Bising sangat la!




Tengok minit ke 1:46, budak kecik ni tutup telinga. Hihihi. Kalau korang nak tengok ulangan majlis perkahwinan diraja British ni, korang boleh tengok di The Royal Channel.

Dari: DailyMail

Apa? Time-Lapse di Pergunungan Sepanyol ?

Yeah, video time-lapse memang cool. Tapi kali ni video ni lagi cool. Video ni diambil oleh Terje Sorgjerd dari Norway, di pergunungan El Teide, Sepanyol. Jom kita saksikan keindahan alam melalui video ni. Macam tagline Discovery Channel, the world is just awesome. Enjoy!


The Mountain from Terje Sorgjerd on Vimeo.

Dari: Ufunk

Apa? Sexy Sax Man ?

Cam haram. Ahahaha. Tahu lagu Careless Whisper? Kenal George Micheals? Tak tahu? Pegi google sekarang. Hihihi

Wednesday, April 27, 2011

Apa? Animasi Gareth Bale & Perlawanan El Clásico ?

Animasi dari perlawanan sebenar oleh Richard Swarbrick. Bagi aku, this is awesome. Oh, Barca menang 1st leg semi final Champions League. Tahniah Barca.





Dari: Hotspur&Argyle

Apa? Enjin Rosak?

Betulkah enjin kereta ni rosak? Jom tengok.

Apa? Lastik Gatling ?

Korang minat lastik? Ni lastik baik punya. Pakai lastik ni tembak ke anjing, boleh mati anjing nih. Pakai bola besi tu bos. Mau tak mati anjing kena tembak. Tapi sayang, dia tak buat auto-reload. Kalau auto-reload, memang lastik ni champion! Korang nak tengok lagi lastik-lastik lain, boleh subscribe channel dia di Youtube, ataupun korang boleh usha blog dia di sini.



Dari: TheSlingshotChannel

Tuesday, April 26, 2011

Apa? Pokemon Battle ?

Teringat masa kecik-kecik aku selalu main Pokemon. Dek kerana takdak duit nak beli Gameboy, pakai PC pun jadilah. Ahahahah.

Apa? Cute Samurai

Tengok sampai habis dulu. Baru tau kenapa aku cakap cute. Ahahaha. Tapi aku rasa korang mesti tak nak cari hal dengan awek camni. Wiwuwiwu~~

Apa? Sony Tablet ?

Tablet semakin popular apabila Apple mula mengeluarkan iPad. Persaingan semakin meningkat apabila Google juga ingin menyertai perang tablet ini dengan mengeluarkan operating system (OS) khas untuk tablet,iaitu Android 3.0, Honeycomb. Blackberry juga tidak mahu ketinggalan dengan Playbook mereka.

Hari ini Sony telah memperkenalkan tablet terbaru dari dengan codename S1 & S2. Sumber dari CNET.com, tablet S1 & S2 ini masih lagi dibangunkan dan mungkin akan dipasarkan pada musim luruh nanti. Kedua-dua tablet ini dilengkapi dengan OS dari Google, iaitu Honeycomb dan menyokong WiFi juga Wan (3G/4G). Apa yang menariknya, anda boleh menggunakan tablet ini untuk bermain permainan dari PlayStation.


S1 tablet mempunyai skrin 9.4 inci, manakala S2 pula mempunyai dua paparan skrin 5.5 inci seperti Nintendo DS. Berikut adalah spesifikasi untuk kedua-dua tablet.


Untuk S1, Sony telah memasukkan transmitter infra-red di dalamnya. Jadi anda boleh menggunakan tablet S1 ini untuk mengawal gajet yang ada di dalam rumah anda seperti pemain Blu-Ray, radio, televisyen & sebagainya. 


Tak perlu cakap banyak. Kita tunggu dulu tablet ni keluar. Adakah ia setanding, lebih hebat, ataupun kureng dari tablet Android yang lain. Tungguuuuuu..



Dari: CNET.com, PCWorld, DailyMail

Apa? Cleavage Tutorial?

Anda lelaki? Ingin mempunyai cleavage yang umph? Mari sama-sama mempelajari cara membuat cleavage oleh lelaki ini. Eyarkkkkkkkk!



p/s: Muntah hijau teman lepas tengok video nih.

Monday, April 25, 2011

Info Apa: Button Send dari Facebook

Untuk memudahkan lagi perkongsian maklumat, artikel, website, hari ini Facebook memperkenalkan butang Send.

Seperti yang kita tahu, butang yang disediakan sebelum ini adalah butang Like/Recommend. Dengan butang Send, anda boleh berkongsi lebih maklumat yang anda sedang layari dengan rakan-rakan tertentu anda ataupun Group anda. Facebook semakin menjaga privacy penggunanya, dan ini adalah langkah yang baik untuk Facebook yang sekarang menjadi antara laman sosial yang semakin ramai pengguna,dianggarkan 50 juta orang pengguna.



Dari: FacebookBlog

Apa? Binary Chairs?

Binary Chairs, untuk peminat gila hardware computer. Bahagian tempat duduk binary chairs ini terdiri daripada kabel-kabel yang telah dicabut dan disulam. Struktur binary chairs ini dibuat daripada printer lama yang telah dirivetkan. Manakala bahagian permukaan kerusi ini dibuat dari hardware; motherboard, skrin LCD, hard disk dan sebagainya. 




Dari: BRC Designs

p/s: Inginkan kereta yang lebih luas?Pandu uji Proton Exora sekarang!

Sunday, April 24, 2011

Apa? Valet Yang Mabuk?

Yup, mesej yang jelas dalam iklan ini. Pelakon Bar Aurora & Boteco Ferraz menjalankan eksperimen, berapa ramaikah orang yang akan membiarkan valet yang mabuk memandu kereta mereka. Jadi rakan-rakan sekalian, jangan drive kereta jika anda dalam keadaan mabuk. Hihihi



Dari: BuzzFeed

p/s: Bantulah saya untuk memenangi iPad2!

Apa? Kid Can Dance?

Hadoi, pening kepala tengok budak-budak nih. Siapa cakap budak-budak tak boleh menari? Hell yeah! Kid can dance! Hahaha.

Apa Tok? Youngman Artiga or Proton R3?

Yup, Satria Neo memang special dalam keluarga Proton. Macam-macam jenis upgrade dari team Race, Rally, Research ataupun R3 dari Proton. Beberapa bulan yang lepas, Proton mengeluarkan Satria Neo R3 Supercharged. 

Terbaru, ARTIGA concept car dari Proton, ataupun Youngman telah dilancarkan di Shanghai Autoshow. Yang menariknya, ARTIGA ni dilengkapkan dengan rim dari Oz Racing. Memang smart! Nak tengok lagi gambar? Meh tengok kat Paul Tan.





Dari: Paultan

Apa? The Music Box?

Filem pendek dari Daniel "Cloud" Campos. Kalau tak silap aku Daniel ni ada berlakon dalam cerita Step Up 3D, dia battle dengan Adam Sevani mula-mula cerita dekat taman. Korang tengok sendirilah video nih. Bagi aku memang cool choreography + awesome music.

Apa? Angry Rebels Lagi?

Sebelum ni aku ada post Angry Birds + Star Wars. Sebelum ni gambar line up Angry Birds, tapi kali ni diorang serang plak Death Star. Hihihi.


Dari: Ufunk

Saturday, April 23, 2011

Apa? Cara Buat Popcorn dari China?

Orang dari China memang kreatif. Macam-macam benda pelik diorang pernah buat. Telur tiruanlah, macam-macam. Kali ni lain pulak. Cara buat popcorn. Siap letup-letup pulak tuh. Hahaha

Apa? Chatroulette Love Song?

Hahaha. Pernah pergi website Chatroulette? Tempat korang nak chatting & main webcam random dengan orang yang korang tak kenal. Kalau korang "bernasib baik" , korang jumpa manusia-manusia yang desperate terutamanya lelaki yang tak berbaju sambil menunjukkan "ehem" diorang. Tapi kali ini lain sikit. Dengan macho dan romantiknya, team DoneItRight ni menyanyikan lagu untuk wanita bertuah ni. Hahaha. Tengok sendirilah. Wanita-wanita mesti suka kan?Ahahaha

Apa? Kucing Yang Bersalah?

Hihihi, comel betul kucing nih. Kantoi bersalah.

Apa? Kelawar Macam Yoda?

Yes, gambar yang korang tengok ni adalah seekor kelawar. Ada la sikit iras macam Yoda dalam cerita Star Wars. Kelawar yang mempunyai hidung berbentuk tiub ini dijumpai semasa ekspedisi ke Papua New Guinea pada tahun 2009. Semasa ekspedisi ini, para pengembara menjumpai sebanyak 200 binatang dan serangga spesis baru. 

Kelawar pemakan buah ini mungkin memainkan peranan penting di dalam ekosistem kerana menyebarkan biji benih buah-buahan yang mereka makan. Ekspedisi ke pergunungan Nakanai & Muller di Papua New Guinea ini menemukan 24 spesis baru katak, 2 mamalia, dan beratus-ratus jenis serangga. Kawasan pergunungan ini dihubungkan dengan kapal terbang, bot, helikopter ataupun nak lagi thrill, jalan kaki.



p/s: Ada la sikit rupa macam Yoda. Hohoho

Dari: NatGeo

Apa? Scooter Extreme?

Korang ingat budak kecik sahaja yang main scooter. Budak besar pun ada gak main scooter. Tapi dengan cara yang lain yang lebih extreme. Tapi aku sendiri tak sangka scooter ni pon dapat main macam skateboard. Nasib baik tak patah bila diorang main pusing-pusing cam tu. Ahahaha. Video ni dihasilkan oleh Brandon Smith, dari Australia. Baru mencapai umur akil baligh 18 tahun. Hahaha. Enjoy.

Friday, April 22, 2011

Apa? Jambatan Berputar ?

Jambatan berputar a.k.a rolling bridge (muehehehehe) ni direka oleh Heatherwick Studio. Jambatan ini terletak di Grand Union Canal di Paddington, London. Struktur jambatan ini digerakkan oleh sistem hidraulik yang telah diintergrasikan pada bahagian pemegang jambatan tersebut. 








Dari: HeatherwickStudio, OddityCentral

Apa? Time-Lapse di Tokyo?

Gempa bumi yang berlaku di Jepun memaksa rakyat di Tokya untuk menjimatkan tenaga bagi membolehkan kawasan-kawasan yang terjejas mendapat bekalan tenaga yang secukupnya. Video ini diambil dengan teknik time-lapse. Sama-sama kita lihat video yang cool dari darwinfish105 ini.



Dari: High-Def

Apa? Cadbury Creme Eggs Crash Test?

Teringat masa aku buat eksperimen 2 tahun lepas. Ada la buat eksperimen camni, cuma pakai material lain. Hahaha. Mesti technician University Nottingham ni dah takda kerja nak buat. Nak tau details, pegi sini.



Dari: PeriodicVideos

Apa? Android High?

Aksi patung Android ketika pelancaran smartphone Xperia Arc, berhampiran menara Taipei 101. Aku rasa dia tengah high nih. Hihihi

Thursday, April 21, 2011

Apa? Simon's Cat?

Dikala kekalutan menyiapkan saki-baki kerja di pagi hari, mari berhibur sebentar bersama Simon's Cat. Simon's Cat adalah siri animasi yang dihasilkan oleh Simon Tofield dari Britain. Selamat menonton!

Apa? Thor Kecik?

Ingat iklan Super Bowl? Yang budak kecik jadi Darth Vader? Kali ni iklan untuk promo watak Marvel pulak. Thor! Hahaha.



p/s: Jangan biarkan anak-anak anda terpengaruh dengan cerita aksi sebegini. Nanti anda sendiri pun pening nak melayan kerenah diorang. Ahahahah

Apa? Maru & Kotak?

Mungkin anda telah melihat video Maru sebelum ini. I'm a cat lover. Rindu dengan kucing kat rumah



Thanks Majidah 4 sharing

Apa? Iklan Parti Demokrat di Amerika?

Ni adalah cara baru untuk butt hurt parti lawan anda. Berpolitik dengan cara yang kreatif. Kalo kat Malaysia tak habis-habis dengan skandal, fitnah, video seks. Hahahaha. Bila la politik Malaysia nak sampai tahap ni kan?


Apa? Sergio Ramos Jatuhkan Piala?

Dikala Ramos bersuka ria,tidak tersangka jatuhnya piala. Chewahh, bermadah pulak. Ahahaha

Apa? Alien Prank?

Damn, terkejut aku dengar sound effect video nih. Ahahaha

Apa? Hand Transplant?

Ibu tunggal, Emily Fennel, 26 tahun kehilangan tangan kanannya apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya 5 tahun yang lepas. Hilang tangan kanan umur 21, erghhh. Luckily, Emily mendapat penderma untuk tangan kanannya. 9 orang pakar bedah terlibat dalam pembedahan ini.

Untuk memastikan pembedahan ini berjaya, pakar-pakar bedah terpaksa mencantumkan 2 tulang tangan, 23 tendon, 2 arteri, 4 vanes (apa vanes dalam bahasa ya?) dan sekurang-kurangnya 3 urat saraf & pembedahan ini mengambil masa 14 jam. Selepas pembedahan, Emily terpaksa melalui beberapa terapi untuk memastikan tangan itu sesuai untuknya. Bukan senang untuk mendapatkan tangan yang sesuai pabila korang dah hilang satu tangan. Perghhhh, tak dapat bayang kalo aku hilang tangan. *mode muhasabah




Dari: UCLA Health System

Apa? Iklan Lynx? Lagi?

Iklan yang kurang asam dari Lynx. Ahahaha. Even angles will fall. Hihihi

Wednesday, April 20, 2011

Apa? Iklan Adidas Copa del Rey?

Apa? Stars on Facebook?

Hope you guys enjoy this video. Hihihi

Apa Tok? Google Toolbar 7?

Beberapa hari lepas, Google telah melancarkan Toolbar untuk pengguna Internet Explorer.



Anda boleh muat turun di sini. Dengan Google Toolbar 7, anda boleh menggunakan enjin carian Google bila-bila masa. Anda juga boleh menggunakan Google Translate secara terus.



Sekiranya anda telah melakukan "installation" tetapi toolbar Google tiada didalam pelayar anda, anda cuma perlu "Right Click" di bahagian atas IE anda dan pilih Google Toolbar. Selain IE9, Google Toolbar 7 juga boleh digunakan untuk Mozilla Firefox. Selamat mencuba


Dari: GoogleBlog

Apa? Model Kertas Audi A7?

Direka oleh Taras Lesko,seorang artis rekabentuk grafik dengan menggunakan 285 helai kertas. Beliau mengambil masa 245 jam untuk menyiapkan model kertas ini. Kalo korang perasan, ada model gundam ms minit 1:35. Hihihihi

Apa? Coachella?

Short film, ataupun filem pendek ini adalah suntingan Sam O'Hare, diambil semasa acara Coachella pada tahun 2010. Coachella 2011 telah disiarkan secara langsung di Youtube pada minggu lepas. Apa yang best tentang video ni, suntingan yang dibuat menghasilkan effect seperti cerita Chicken Run. Anyway guys, enjoy the awesomeness of this video.


Apa? Rebecca Black 100 Million Views?

Statistik yang disediakan oleh pihak Youtube. Minggu ini video klip Friday, Rebecca Black mencapai 100 juta view. Dibandingkan dengan video klip Baby Justin Bieber mengambil masa sebanyak 2 bulan 8 hari untuk mencapai 100juta view. 


I'm speechless. Kalo korang nak naikkan lagi view Rebecca Black, jangan segan silu untuk klik video di bawah. Ehehehehehehehehe


Dari: YoutubeTrends

Apa? Beatbox + Cello?

Yes, beatbox + Cello = awesome!

Apa? Info Tentang Alkohol?

Infographic tentang alkohol.


Dari: OnlyInfographic

Apa Tok? Dashboard Terbaru dari Blogger?

Pelbagai pembaharuan dibawakan oleh Blogger. Seperti entri Dynamic Views saya yang lepas, Blogger menjanjikan lebih banyak pembaharuan tahun ini. Berita terbaru dari Blogger, kepada pengguna Blogger yang sering menggunakan Blogger in Draft, UI (user inferface) terbaru diperkenalkan kepada sebahagian blogger yang sering menggunakan Blogger in Draft. 





Mungkin dalam beberapa hari atau minggu, semua pengguna Blogger in Draft boleh menggunakan Dashboard yang baru ini. Tiada sebarang sign-up ataupun activation ntuk menggunakan Dashboard yang terbaru ini. Sama-sama kita nantikan berita terbaru dari Blogger.

Dari: BloggerinDraft

Tuesday, April 19, 2011

Apa? Chernobyl Dulu & Sekarang?

Yup, we all know Chernobyl lebih-lebih lagi tragedi yang berlaku di nuclear reactor di Fukushima,Jepun yang terjejas teruk akibat tsunami pada bulan lepas lalu mengakibatkan kebocoran radioaktif. Menurut sejarah setakat ini, peristiwa yang berlaku di Chernobyl, Ukraine amat teruk menjejaskan Rusia Barat juga benua Eropah. Ni gambar beberapa tempat di Chernobyl dulu dan sekarang.







Kalo korang nak tengok gambar-gambar yang lain, boleh lah korang tengok link bawah nih.

Dari: Ufunk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...